Tuesday, November 22, 2016

Donut Kentang Gebu

Lama tak update blog ni. Anak2 berebut nak mewarisi buku resepi mommy. Si abang kata nanti kalau dah kahwin nak suruh isteri dia masak macam mommy. Si adik pula kata, dia perempuan mestilah dia yang akan simpan semua resepi mommy. Mommy pulak kata, sekarang zaman dah moden tak perlu rebut2. Mommy simpan je kat blog. Kata afik so mommy rajin2lah update blog tu 😊
So hari ni mommy nak share resepi kegemaran anak2. Potato donut, mommy buat ball supaya senang snacking kat sekolah. Btw donut ni lembut sangat walau dlm suhu sejuk pun donut ni lembut sampai petang.


Donut Kentang Gebu

3 cawan tepung gandum
2 biji kentang kuning yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telur
240 ml susu segar suam
3 sudu besar butter cair
3 sudu besar gula
2 1/2sudu kecil yis

Caranya Menyediakan:

-Masukkan susu, gula dan yis ke dalam mangkuk. Satukan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
-Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 30 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
-Bentuk donut mengikut kesukaan anda dan anak2. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
-Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula atau glaze kesukaan anda.Sedia untuk dihidangkan.

Happy cooking!

Oh yg ni mommy buat frozen. Hanya goreng separuh masak. Simpan dlam freezer, bila nak makan keluarkan 1/2jam sebelum di goreng semula.