Monday, January 27, 2014

Layered Cheese Cake in a Jar

Memang dah lama berazam nak buat ni...rumah ni memang jarangla nak makan cheese cake sebabnya my bujang and mr. hubby kureng sikit makan cheese kek ni.Tapi masa makan ni,habis licin masing2 punya jar...maknanya sedapla tu,siap bagi komen macam juri Masterchef lagi....
Ok,untuk resepi ni kita buat slow and steady.Kena buat step by step.Biasanya untuk Berries sauce,Nora akan buat sehari sebelumya sebab biar di blend together baru sedap dan untuk tuang sos tu biarlah dia betul-betul sejuk supaya cream cheese tu tak mencair.



Layered Cheese Cake in a Jar

Mixed Berries Sauce :
6 Biji Strawberry bersize besar
8-10 biji Blackberries
2 sb Raspberry Jam (atau apa2 jenis jam tak apa)
1 sb lemon jus
1 sb air
1 sb gula
Cara :
Potong kecil strawberry dan masukkan kesemua bahan kedlm sauce pan.
Masak sehingga sos menjadi pekat.
Simpan didalam peti sejuk.






Lapisan Bawah :
20 keping biskut Marie
3 sudu butter

Cara :
Kisar biskut dan masukkan butter
Setelah sebati,masukkan kedalam balang dan tekan.Jangan teralu mampat bila menekan kerana jika terlalu mampat akan menjadi sangat keras sewaktu menikmatinya.
Setelah itu simpan didalam peti sejuk sementara menyediakan cream cheese pula.





Cream Cheese filling :
250g Cream Cheese 
1/2 cawan gula castor
4 sb greek yogurt ( normal pun ok gak)
2 sb thick cream/heavy cream/whipping cream (mana2 pun boleh)
1 sk vanilla

Cara : 
Masukkan kedalam mangkuk semua bahan dan putar hingga kembang dan kental.
Setelah siap ketepikan




Choc Sauce/Choc Ganache :
227g Semisweet/bittersweet choclate/choc chips (ikut mana yg anda suka).Potong kecil
180ml heavy cream/whipping cream
2 sb butter

Cara :
Panaskan cream bersama butter dan setelah panas tutup api.
Masukkan choclate yang telah dipotong kedalam cream yang masih panas.
Kacau perlahan-lahan hingga sebati.




Bila choc sauce telah siap,bolehlah mula memasukkan kesemua bahan kedalam bekas.Pilihlah bekas mengikut kesukaan anda.
Keluarkan bekas yg telah diisi biskut dari peti sejuk.
Masukkan cream cheese dan diikuti choc ganache dan kemudian cream cheese lagi dan akhir sekali diiukuti dengan mixed berries sauce.


Its really fun making this...senang dan sedap.

Happy Cooking!

No comments:

Post a Comment