Thursday, March 26, 2015

Okonimiyaki My Style



Okonomiyaki My Style

100g Tepung gandum
140ml Dashi (Nora buat campuran sendiri 140ml air + 1sudu kecil serbuk perasa ayam)
1/4 sk baking powder
secubit garam
1sk yamaimo diparut (keladi jepun) klu xde takapa
200g kobis di potong kasar
50g octopus yg direbus
8 ekor udang sederhana
2 biji teur
Daun bawang
Dried Bonito Flakes

Topping :

Sos Okonomiyaki
Mayonaise
Dried Bonito Flakes
Aonori (serbuk rumpai laut)
Daun bawang



Cara :

Campur kesemua bahan dan kacau seperti membuat cucur. Jangan kacau terlalu lama.
Proses memasak adalah sama seperti membuat lempeng.
Masak selama 5 minit kemudian diterbalikkan dan masak lagi selama 5 minit.
Setelah masak, hiaslah permukaan okonomiyaki mengikut kesukaan anda.

Untuk yg ingin membuat sos sendiri :

2 sb worcestershire sos
2 sb tomato sos
1 sk madu/sirap gula

Campur kesemua bahan dan kacau rata.

Happy Cooking!


Friday, March 20, 2015

Cream Caramel Mudah & Sedap



All time favourite. Few days back buat lagi atas permintaan anak-anak. Bulan puasa pun dah dekat, ini akan selalulah menjadi hidangan. Resepi ni juga dah pernah upload dulu. Untuk sesiapa yang nak berniaga, rasanya resepi ni sangat sesuai. Senang dan bahannya pun taklah banayk.

Cream Caramel

Bahan2 Caramel :


  • 1/2 cup sugar
  • 1 sb air



Cara :


  • Panaskan mangkuk atau tray yg hendak diguna,supaya caramel tidak akan 'crack' bila dituangkan ke mangkuk.
  • Masukkan gula dan air kedlm periuk non-stick (jika ada),masak dgn api sederhana.Jangan di kacau gula tersebut biarkan ia masak dgn sendiri dgn hanya menggoyangkan periuk sahaja ini untuk mendapakan gula hangus yg cantik dan tidak mengeras.
  • Biar ia masak hingga keemasan jangan sampai hangus.Curahkan caramel ke dlm mangkuk yg masih panas dan biarkan seketika.




Bahan2 Cream :


  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 500ml susu segar
  • secubit garam
  • 1 sk essen vanilla



cara :


  • pukul telur dan gula hingga sebati
  • Masukkan susu,vanilla & garam
  • Tapis dan tuangkan ke dlm mangkuk.
  • Masukkan mangkuk kedlm dulang pembakar yg telah di letakkan air (jangan sampai tenggelam) anggaran: separas suku mangkuk cream tadi  ,dan bakar pada suhu 170c selama 40min.
  • Setelah masak keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan ke dalam piring.



Selamat mencuba :)