Showing posts with label Kek (cake). Show all posts
Showing posts with label Kek (cake). Show all posts

Monday, August 17, 2020

Kek Ondeh Ondeh



Bahan-Bahan 

3 biji telur kuning

42ml Air

35g canola oil

15g tepung jagung

55g Tepung naik sendiri

1/4 sk garam

1 sk pandan paste

3 biji putih telur

3/4 sk cream of tartar

60g caster sugar

Sirap Gula Melaka 

700g gula melaka

250ml Air

2 helai daun pandan

Cream

280g whipping cream

(pukul hingga kembang)

Bahan Hiasan : kelapa kering


cara :

1    Di dalam mangkuk,pukul telur dan air perlahan lahan masukkan canola oil serta paste pandan. 

2    Ayak semua bahan2 kering. Tepung jagung, tepung naik sendiri dan garam. Kemudian satukan bahan2 kering dedalam adunan telur. Ketepikan sebentar.

3    Pukul putih telur bersama crean of tartar. Perlahan2 masukkan caster sugar hingga stiff peak menjadi meringue.

4    Campurkan meringue menggunakan kaedah kaup balik ke dalam adunan tepung.

5    Bakar selama 20 - 25min pada suhu 160c

6    Masak semua bahan sirap gula merah hingga pekat.

7    setelah siap, hias mengikut kesukaan.


      


Wednesday, May 20, 2015

Blueberry Cheesecake (Light)

Blueberry Cheesecake

Dalam minggu ni aje dah 2kali, anak-anak minta dibuatkan cake ni. Nora pun suka sangat. Rasanya lembut dan kurang manis. A light cheesecake. Rasanya tak 'berat'. Jom kita cuba....



Light Blueberry Cheesecake

Bahan A :


  • 300ml Susu segar
  • 150gm Cream cheese 
  • 110gm Margerine
  • 110gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 3 biji kuning telur


Bahan B :


  • 3 biji putih telur
  • 90gm gula halus (Jika blueberry filling anda manis, so boleh kurangkan  gula)


Bahan C :

  • Blueberry filling (isi ke dalam piping bag atau plastik)


Cara :



  • Panaskan oven pada suhu 180c
  • Dengan api perlahan, didihkan susu dan cheese. Kacau hingga keju cair dan tidak bergentel. Setelah itu masukkan margerine dan biarkan sebentar.
  • Pukul bahan B hingga kental dan 'bertanduk'
  • Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga berkrim. Kemudian masukkan adunan Susu & keju perlahan-lahan.
  • Masukkan tepung dan adun perlahan.
  • Menggunakan teknik kaup balik, masukkan adunan putih telur perlahan-lahan
  • Masukkan 1 senduk adunan kedalam acuan. Picit blueberry filling membentukan lingkaran. Ulang hingga adunan habis.
  • Menggunakan kaedah Baine Marie, bakar selama 50min.
  • Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Happy Cooking!


Thursday, February 5, 2015

Zebra Cake / Marble cake




Ingredients :

140gm   Bittersweet Choc
170gm   Butter
200gm   Granulated Sugar
3 eggs
1 1/2 tsp vanilla extract
3/4 cup   yogurt
300gm   Flour
2 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp    baking soda
120ml   milk


Method :

  • Pre-heat oven to 165 C
  • Melt choc - double boil and let it cool
  • Beat butter and sugar till creamy than add in eggs one at time
  • Add yougurt and vanilla ectract
  • Shift flour, baking powder and baking soda
  • Gradually add in flour and milk. Start and end with flour
  • Weight 1/3 of the flour and mixed it with the choclate 
  • Scoop 2 spoons vanilla batter in the baking pan and top with a spoon of the chocolate mix
  • Repeat till finish.
  • Bake for 35min - 40min




Thursday, April 17, 2014

English Madeleines

English Madeleines...Saat jatuh cinta dengan kek ni ketika di tingkatan 1. Nora jeles juga dengan kawan2 yg ambil SRT masa tu. Bila mereka di ajar membuat madeleines,masa tu Nora rasa menyesal masuk kelas perdagangan. Tambah pulak takde seorang pun dari mereka nak share rasa dengan Nora. Bapak kata kalau nak belajar macam kelas SRT, mak pun boleh ajar. Nora bukan ape, bila org tanya ape cita2 Nora,jawapan Nora ialah 'I want to be an educated housewife'...hehehe tengok dr kecik memang dah pasang azam ni. So nasib ikut nasihat bapak, belajar dan ambil jurusan business dan masak ikut ajaran mak...Alhamdullilah, inilah Nora harini...ok ok jom masak!
Oh ya Madeleines ade beberapa jenis...yang Nora tahu,English Madeleines & French Medeleines. harini kita buat English punya.


English Madeleines

Bahan-bahan:
  • 100g  Butter (suhu bilik)
  • 100g  Castor sugar
  • 100g  Self raising flour
  • 2 biji  telur (dipukul)
  • 1/8 sk garam
  • 1 sb air suam

Hiasan :
  • 4-6 sb jam merah (strawberry/raspberry)
  • Kelapa kering
  • cerry atau buah kegemaran


Cara :

  • Pukul butter dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur dan pukul lagi
  • Ayak tepung dan garam, masukkan sedikit dahulu dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan tepung yang selebihnya sedikit demi sedikit dan masukkan air
  • Sedia acuan 'dariole' atau acuan yg seperti bentuk kon mengikut size yg anda suka
  • Sapukan acuan dengan butter dan taburkan sedikit tepung agar tidak melekat nanti
  • Masukkan adunan setengah acuan dan bakar pada suhu 180c selama 15-20min
  • Sejukkan dan barulah disapukan dgn jam dan di golekkan ke dalam kelapa kering
  • Hias dgn cerry atau buah kegemaran diatasnya

Happy Cooking!  


Sunday, April 13, 2014

Rainbow Cake

Its been a while since the last entry. Today will be posting a cake recipe. Been dreaming of trying my hand on this but than with the 4 of us only surely its a No No. Yesterday I had the chance,so here we go...
Rainbow cake with Lemon Cheese Cream


Rainbow Cake 

  • 3 cups All purpose flour
  • 4 ts b.powder
  • 1/2 ts salt
  • 250g butter
  • 2 cups sugar
  • 5 eggs white
  • 2 ts Vanilla 
  • 1 1/2 cup milk
  • Food coloring ; purple,blue,green,yellow,orange & red



Preparation :

  • Preheat oven to 180 degrees C and place rack in center of oven. Butter and line with parchment paper,six (or as many you got to make 6) of 9 inch round baking pans.
  • In a bowl, whisk to combine, the flour, baking powder and salt. 
  • In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until smooth and creamy. Gradually add the sugar and continue beating until the mixture is fluffy (this will take about 3-5 minutes). Add the eggs, one at a time, mixing well after each addition. Scrape down the sides of the bowl as needed. Add the vanilla extract and beat to combine.
  • Add the milk and flour mixtures in three additions, beginning and ending with the flour mixture. Beat only until the ingredients are incorporated.
  • Divide the batter evenly between the 6 prepared pans and smooth the tops.Bake for about 10 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean and the tops spring back when lightly pressed. Remove from oven and place on a wire rack. Then remove the cakes from their pans and cool completely on a greased wire rack before frosting.
To Assemble :
  • Trim the 1st. layer (purple) to make level.
  • Spread the cream filing over the 1st. layer with a spatula so it extend to the edges.
  • Repeat process with blue,green,yellow,orange layers.
  • Place the red layer on top,bottom side-up
  • Cover the top and sides with a thin layer frosting.
  • Refrigerate until set or about 30min.
  • Using your creativity to cover the cake with remaining frosting.

Lemon Cheese Cream

  • 200 gm sugar
  • 60 ml lemon juice
  • 4 egg whites
  • 300 gm butter (cut small pieces)
  • 300 gm shortening ( cut small pieces)
  • 180 gm Cream Cheese (cut small pieces)

Preparation :
  • In a pan bring to boil sugar and lemon juice.Make a thick lemon syrup.
  • Whip the egg whites until fluffy and add the syrup. 
  • Add the butter,shortening and cream cheese one piece at a time.
  • Mixed until all are well incorporated.

Happy Cooking!


Friday, March 21, 2014

Whoopie Pie

First time makan ni,masa balikmdr Toronto haritu.Beli kat petrol station.Memang fall in love dgn cake ni.texture sangat lembut.Ianya boleh dibuat sbg Choclate Cake atau RVC.This time I make it as RVC sebabnya my princess tak akan makan kalau bukan RVC.So yang ni versi RVC,its actually hanya tambah pewarna merah sahaja,bahan2 lain adalah sama.


Whoopie Pie


  • 1/2 cawan butter - suhu bilik
  • 1 cawan castor sugar
  • 1 biji telur
  • 1 sk vanilla
  • 1 3/4 cawan all purpose flour
  • 2/3 coco powder
  • 1 1/2 sk baking soda
  • 1 cawan buttermilk (1sb jus lemon + 1 cawan susu segar)
  • pewarna merah (tidak perlu jika membuat versi choclate)

Bahan-bahan

scoop 1 sudu dan jarakkan

Beginilah cake yang dikapit bersama cream

Cara :

  • Panaskan Oven 180c
  • Pukul butter dan gula hingga kembang (2min - 3min)
  • Masukkan telur dan vanilla.
  • Satukan tepung,coco powder dan baking soda dan ayak.
  • Masukkan tepung kedalam adunan yang telah dipukul berselang seli dengan buttermilk.Bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,buttermilk & tepung)
  • Setelah adunan sebati,sediakan dulang pembakar biskut.
  • Sudukan adunan diatas dulang penbakar sebanyak sesudu atau lebih jika mahu bentuk yang besar tetapi untuk bentuk yang cantik sesudu adalah memadai.
  • Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang.
  • Bakar selama 8min.atu bila ditekan ia tidak tenggelam dan biarkan sejuk.
  • Kek akan disapu atau di pipping dengan butter cream atau cream cheese filling di tengah dan dikapit seperti sandwhich.
  • Untuk Butter cream filling boleh klik di SINI (lebih sesuai untuk choc cake) atau untuk lemon cheese filling klik di SINI (lebih sesuai untuk RVC)
  • Untuk menghindar dari kek menjadi kering,selesai dikapit,cake tapi hendaklah dibalut dengan plastic wrap secara berasingan.

Dibalut agar tidak kering

Resepi ni memenag sedap dan keknya sangat lembut.Sangat sesuai dihidang terutama pada majlis harijadi si kecil.

Happy Cooking!


Thursday, March 20, 2014

Swedish Orange Cake

Biasanya kalau buat cake,Nora lebih suka cake dr jenis butter cake dan tanpa topping.Butter cake lebih enak dimakan begitu sahaja tanpa cream.Tapi untuk kek ni Nora lebih suka makan dengan cream sebab rasanya yang masam membuatkan tidak muak bila di makan.


Swedish Orange Cake 


  • 2 cawam tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan Butter
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan jus perahan oren
  • 1sk essen vanilla
  • kulit oren dr 2 biji oren
  • pewarna oren


Orange/Lemon Cream

  • 200gm sugar
  • 60ml jus lemon (Nora lebih suka masam dr lemon)
  • 4 biji putih telur
  • 300gm butter
  • 300gm shortening
  • 180gm Cream Cheese


Cara :

  • Panaskan oven 170°C 
  • Pukul Butter dan Gula hingga kembang
  • Masukkan telur satu persatu bersama essen vanilla,pewarna & kulit oren sambil pukul perlahan
  • Masukkan tepung dan jus berselang bermula dengan tepung dan berakhir juga dengan tepung
  • Bakar didalam 2 loyang 9' selama 30min-35min atau didalam 1 loyang 9' selama 55min-60min
  • Setelah masak biarkan sejuk dan barulah di letak icing atau cream


Cream :

  • Satukan gula dan jus lemon dan masak atas api sederhana hingga menjadi sirap pekat
  • Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan sirap perlahan2
  • Bila telah kembang,masukkan butter,shortening & cream cheese dan pukul lagi hingga kembang dan kental.


Hiaslah mengikut kreativiti anda.

Happy cooking!

Saturday, February 8, 2014

Moist Chocolate cupcake

Banyak dah cuba chocolate cake,tapi yang ni memang super easy n moist.Kali ni Nora buat as cupcake dengan topping Chocolate Ganache.Since im not a chef so pardon the deco ya...


Moist Chocolate Cake
Bahan A

  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn heavy cream/whipping cream
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cwn gula

Bahan A

Bahan B

  • 1  1/4 cwn tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat

Bahan B

Bahan C

  • 3 biji telur
  • 1 sk essen vanilla

Bahan C

Cara :

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c.
  • Campur kesemua bahan A kedalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga sebati.Setelah siap ketepikan biar sejuk.
  • Ayak kesemua bahan B,setelah adunan A sejuk baru masukkan bahan-bahan B.
  • Pukul sedikit Bahan 3 dan kemudian masukkan ke dalam adunan A dan kacau sebati.
  • Tuangkan 2/3 adunan kedalam acuan cupcake.Bakar selama 15min.


Choclate Ganache :
250gm Semisweet choc (potong halus)
180ml Heavy cream/Whipping cream
2 sb butter

Cara : 

  • Panaskan heavy cream dan butter
  • Setelah bahan sebati dan masukkan semisweet choc ketika cream masih panas dan kacau perlahan hingga cair.setelah kek sejuk,bolehlah tuangkan choc ganache keatas kek.
  • Hias kek mengikut kesukaan anda.



Happy cooking!

Monday, January 27, 2014

Layered Cheese Cake in a Jar

Memang dah lama berazam nak buat ni...rumah ni memang jarangla nak makan cheese cake sebabnya my bujang and mr. hubby kureng sikit makan cheese kek ni.Tapi masa makan ni,habis licin masing2 punya jar...maknanya sedapla tu,siap bagi komen macam juri Masterchef lagi....
Ok,untuk resepi ni kita buat slow and steady.Kena buat step by step.Biasanya untuk Berries sauce,Nora akan buat sehari sebelumya sebab biar di blend together baru sedap dan untuk tuang sos tu biarlah dia betul-betul sejuk supaya cream cheese tu tak mencair.



Layered Cheese Cake in a Jar

Mixed Berries Sauce :
6 Biji Strawberry bersize besar
8-10 biji Blackberries
2 sb Raspberry Jam (atau apa2 jenis jam tak apa)
1 sb lemon jus
1 sb air
1 sb gula
Cara :
Potong kecil strawberry dan masukkan kesemua bahan kedlm sauce pan.
Masak sehingga sos menjadi pekat.
Simpan didalam peti sejuk.






Lapisan Bawah :
20 keping biskut Marie
3 sudu butter

Cara :
Kisar biskut dan masukkan butter
Setelah sebati,masukkan kedalam balang dan tekan.Jangan teralu mampat bila menekan kerana jika terlalu mampat akan menjadi sangat keras sewaktu menikmatinya.
Setelah itu simpan didalam peti sejuk sementara menyediakan cream cheese pula.





Cream Cheese filling :
250g Cream Cheese 
1/2 cawan gula castor
4 sb greek yogurt ( normal pun ok gak)
2 sb thick cream/heavy cream/whipping cream (mana2 pun boleh)
1 sk vanilla

Cara : 
Masukkan kedalam mangkuk semua bahan dan putar hingga kembang dan kental.
Setelah siap ketepikan




Choc Sauce/Choc Ganache :
227g Semisweet/bittersweet choclate/choc chips (ikut mana yg anda suka).Potong kecil
180ml heavy cream/whipping cream
2 sb butter

Cara :
Panaskan cream bersama butter dan setelah panas tutup api.
Masukkan choclate yang telah dipotong kedalam cream yang masih panas.
Kacau perlahan-lahan hingga sebati.




Bila choc sauce telah siap,bolehlah mula memasukkan kesemua bahan kedalam bekas.Pilihlah bekas mengikut kesukaan anda.
Keluarkan bekas yg telah diisi biskut dari peti sejuk.
Masukkan cream cheese dan diikuti choc ganache dan kemudian cream cheese lagi dan akhir sekali diiukuti dengan mixed berries sauce.


Its really fun making this...senang dan sedap.

Happy Cooking!

Friday, January 17, 2014

Vanilla Butter Cake

Sebelum ni dah pernah masukkan n3 untuk butter cake tapi Nora memang sentiasa nak cuba resepi2 yang orang kata sedap.Kali ni kita cuba resepi ni pulak.Buat kata Mr.Hubby,dia suka versi yang ni,nora pun suka yang ni juga.Jom kita intai resepi ni....

Vanilla Butter Cake

  • 2 cwn Butter
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1/4 cwn gula + 3/4 cwn gula
  • 4 biji telur
  • 60ml susu segar
  • 1 sk essen vanilla

Cara2 :


  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Asingkan putih dan kuning telur
  • Pukul putih telur bersama-sama 1/4 cawan gula sedikit demi sedikit hingga kembang dan ketepikan.
  • Di dalam mangkuk lain,pukul butter dan 3/4 cawan gula hingga kembang,masukkan vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji
  • Masukkan tepung dan susu ,bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,susu & tepung)
  • Masukkan separuh adunan putih telur dan pukul perlahan,setelah sebati masukkan separuh lagi dengan cara kaup balik hingga sebati
  • Tuang ke dalam bekas pembakar.Nora menggunakan 1tray muffin (6pcs) untuk anak2 dan 1 loaf tray untuk hubby yang tak suka krim hiasan.
  • Bakar adunan acuan muffin selama 18min - 20min, manakala loaf tray selama 40min. 







Kali ni Nora hanya menggunakan frosting yang telah siap, cuma perlu masukkan kedalam pipping bag dan hias.Aktiviti yang anak2 paling suka.setiap seorang dapat 2biji cupcake untuk dihias.

Untuk rasa Butter Cake yang moist,mungkin resepi ini sesuai dengan selera anda.

Happy cooking!

Sunday, December 8, 2013

Red Velvet Cupcake

My princess memang gemar RVC,bagi dia kek yang lain semua tak sedap katanya.Hari ni pun dirayu lagi nak RVC.Sebenarnya dah beberapa kali juga buat RVC ni tapi tak dapat resepi yang betul-betul memuaskan tapi berkat kesabaran dan semangat tak putus asa mencuba dapat juga akhirnya resepi yang betul2 sedap,gebu dan lembut.


Red Velvet Cupcake

Bahan2

Bahan A - dicampur semua dan di ayak, kemudian ketepikan.
  • 2 cawan all purpose-flour
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk kecil baking powder
  • 1 sk garam
  • 2 sk serbuk koko

Bahan B
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan Buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb jus lemon)
  • 2 sk vanilla
  • 1/2 cawan plain hot coffee (2 sb nescafe + 1/2 cawan air panas)
  • 2 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka masakan

Bahan-bahan RVC
Cara :
  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Pukul gula dan minyak masak hingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan buttermilk,vanilla dan diikuti pewarna merah
  • Masukkan coffee dan cuka.
  • Akhir sekali perlahankan mixer dan perlahan2 masukkan Bahan A dan gaul sebati.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170c

* Untuk cupcakes,bakar selama 18min-20min sahaja
* Untuk kek biasa,bakar selama 30min-40min.
Isikan separuh sahaja adunan kedlm paper cup.

Cream Cheese Frosting :
1 buku Cream Cheese
1/4 cawan butter
2 sk vanilla
2 cawan gula icing
2 sb Sour cream (jika mahu)

Canpurkan semua bahan diatas dan dipukul dengan mixer hingga sebati.
Apabila kek telah benar-benar sejuk barulah dihias kek tersebut.

Pastikan kek benar2 sejuk sebelum dihias.


Untuk kali ini Nora buat sebanyak 12 cupcakes untuk anak-anak dan selebihnya Nora bakar didalan loaf pan.Cupcake lebih mudah untuk anak-anak bawa kesekolah manakala Mr. hubby pulak tak gemarkan frosting,so barulah adil untuk semua.

Resepi yang harus dicuba...Senang & Sedap
Happy Cooking!