Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Paung Goreng

Mula2 makan kuih ni,masa pergi ke Kuantan.Jatuh cinta pandang pertama.Rasanya sangat sedap,Macam kuih bom tapi inti ikan.Ini rupanya makanan orang Pantai Timur.Anyway tak susah pun nak buat dia sebenarnya.Tapi kalau buat pun hanya Nora je lah yang makan.Semua kat rumah ni tak minat pun.Takpe2 janji Nora suke....Lagi satu yang best,ikan Sardin ni memang senang nak dapat kat sini.Jom kita bikin Paung...


Paung Goreng :

  • 1/2 kg tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 400ml air
  • sedikit garam
  • Minyak menggoreng



Inti :

  • 3 ekor Ikan sardin (size besar)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 cm halia
  • 1 cawan susu / santan (Nora guna susu sbb santan sini kdg2 rasa pelik)
  • 1 sk helba
  • 1 sk gula
  • Garam


Cara :

  • Rebus ikan dan kisar isinya
  • Kisar bawang dan halia.
  • Masukkan kesemua bahan inti dan masak hingga kering,seperti serunding.
  • Sejuk dan ketepikan
  • Didalam mangkuk masukkan tepung pulut,tepung gandum,air dan garam
  • Gaul sebati.Setelah itu ambil adunan mengikut saiz yang anda suka,buat bentuk bulat dan di buat lubang ditengah untuk memasukkan inti ikan tadi.Proses ini seperti membuat kuih koci.
  • Ulang hingga adunan habis.Paung akan lebih cantik jika di bulat kecil kerana ianya akan mengembang bila di goreng.
  • Setelah siap,masukkan minyak yang banyak kedalam kuali atau Nora menggunakan periuk yang bersaiz sedang untuk memudahkan menggoreng,minyak perlu banyak supaya paung itu terendam ketika menggoreng.
  • Goreng dengan api yang perlahan kerana ianya mudah meletop ketika menggoreng.
  • Setelah kekuningan bolehlah diangkat.




Bila makan Paung ni susah nak berhenti.Rasa helba memberi rasa yang cukup unik pada ikan.Sekali rasa pasti nak lagi....cuba tau!

Happy Cooking

Tuesday, December 3, 2013

Roti Jala Senang

Masa mula2 buat roti jala kat sini Nora cuba berbagai cara sebab acuan masih lagi didlm kotak di KL.Orang kata tebuk tin susu,soNora buat.Cara ni tak jadi.Last sekali Nora pakai botol sos,jadi juge tapi tak cantik rupa roti jala tu sebab kembang je rupanya tapi buat juga sebab nak sangat,buat kata Mr.Hubby at the end masuk perut rupanya sama...
Sampailah adik-adik student bagi pinjamkan acuan mereka.Barulah dapat makan dengan senyuman sampai telinga  :)
Bahanya tetap kena modified tapi rasa tetap sama.Itu yang penting sebenarnya...RASA
Satu lagi masak ni tak susah,kalau tak jadi cuba lagi.Bila dah jadi tu rasa bangga sebab dah berjaya.Orang kata apa tu...'trial n error', its a fundamental of cooking.



Roti Jala ala Nora
Bahan2

  • 1 cawan tepung
  • 350ml fresh milk
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • secubit garam
  • pewarna kuning


Cara :

  • Semua bahan2 di kisar didalam blender.
  • Lenserkan sedikit minyak didalam kuali agar tidak melekat.
  • Bolehkan mula 'menjala' diatas kuali terebut.

Roti jala memanglah favourite Nora tambah makan dgn kari ayam,buat kata orang dulu2 Mak mertua lalu pun tak nampak...nasib mak mertua tak reti makan roti jala hehehehe...

Happy cooking!