Showing posts with label Kuih Muih (sweets). Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih (sweets). Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Tart Telur / Egg Tart

Ni memang peberet Nora. Lebih minat yang biasa dari portugis tart. Dulu masa di KL,kalau nak makan beli je tapi kat sini buat sendiri la.


Tart Telur 

bahan-bahan :


  • 1 cawan Margrine
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk vanilla
  • 2 cawan + sedikit lagi ( ini tambah kemudian)


Filling :

  • 4 biji telur 
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sk vanilla
  • sedikit warna kuning
  • (Kesemua bahan dicampur dan dipukul sedikit biar sebati)


Cara : 


  • Putar majerin dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur dan vanilla dan putar lagi
  • Masukkan secawan tepung dan putar sebati,kemudian baru masuk secawan lagi.
  • Ketika ini doh masih lagi lembik. 
  • Kemudian uli sedikit dengan tangan sambil menambah sedikit demi sedikit tepung hingga doh tidak melekat tapi lembut.
  • Kemudian bulatkan dan tekan kedalam acuan.Perlu diingat yang doh akan mengembang sedikit jadi jangan terlalu tebal. Nora menggunakan muffin  pan
  • Masukkan filling,jangan terlalu penuh takut akan melimpah keluar.
  • Bakar 170c selama 15min


Sangat sedap untuk minum petang.

Happy cooking!

Tuesday, March 4, 2014

Cream Puff

Mr. Hubby memang suka makan cream puff,jadi ni memang wajiblah dibuat selalu.Tapi nasiblah cara membuatnya sangat senang jadi taklah menjadi masalah bila tiba2 ade je request nak makan ni cumanya kena rajin simpan cream filling atau custard filling.
Jom kita buat Cream puff...

Cream Puff
Bahan2 :

  • 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sk castor sugar
  • 1/4 sk garam
  • 1/4 cawan butter
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji telur (dipukul dgn garfu)
  • Gula icing - hiasan



Air dan butter dimasak hingga butter cair

Butter dipotong kecil supaya ia lebih
cepat cair sebelum air mendidih

Masakkan semula diatas api untuk
memastikan tidak terlalu banyak air

Putar adunan dengan telur hingga adunan
bersatu seperti di gambar

Scoop atau pipe membentuk bulat

Beginilah setelah dikeluarkan dr oven

Cara :

  • Panaskan oven 200c
  • Masak air dan butter didalm periuk dan biarkan butter cair.
  • Setelah butter cair masukkan tepung yang telah diayak bersama gula dan garam dan angkat dari api
  • Kacau sebentar hingga sebati dan letakkan semula keatas api yang sederhana dan kacau lebih kurang 3-5min untuk memastikan air dari tepung sedikit kering.
  • Setelah itu masukkan adunan tadi kedalam mixing bowl  dan putar hingga bahan sedikit sejuk.
  • Masukkan telur perlahan2 sambil terus putar adunan dengan kelajuan sederhana,apabila kesemua telur disatukan barulah pukul dengan kelajuan maksimum.
  • Bahan tadi hendaklan sebati dan tidaj berketul.
  • Apabila siap,masukkan adunan ke dalam pipping bag atau scoop dengan sudu dan membentuk bulat mengikut saiz kesukaan anda.Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang ketika dibakar.
  • Size yang sesuai ialah apabila anda mendapat 12biji puff.
  • Sapukan dengan telur yang dipukul keatas adunan untuk memberi warna yang menarik.
  • Bakar pada suhu 200c selama 15min dan turunkan suhu kepada 180c untuk 20min yang seterusnya atau hingga adunan masak
  • Apabila sudah masak,angkat keluar puff dan dibelah 2.Tunggu hingga betu2 sejuk sebelum memasukkan filling kerana jika masih panas atau suam filling akan mencair.
  • Sila tekan SINI untuk resepi Butter cream filling.
  • Ayak sedikit gula icing keatas puff sebelum dihidang


Cream puff lebih sedap dan lembut apabila telah sejuk.Nora lebih suka texture yang sudah disimpan selama sehari.

Happy Cooking!



Tuesday, February 11, 2014

Apam Polkodot

Kebanyakan resepi apam polkodot semuanya menggunakan Ovalette.Kat sini rupanya under healthy safety maka Ovalette seperti bahan larangan Hampir kesemua grocery shop n baking shop Nora masuk tapi tak jumpa Ovalette.So akhirnya Nora substitute je dengan kuning telur.Tk yakin juga boleh jadi lembut dan gebu tapi Alhamdullilah,gebussss....

Apam Polkodot
  • 150ml susu segar
  • 220gm gula castor
  • 275gm tepung gandum
  • 3 biji telur (sejuk)
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sk baking powder
  • 1 sk vanilla
  • Filling ikut suka (Nora guna nutella & raspberry jam)
  • Warna ikut suka

Adunan mesti diputar hingga kembang

Filling : nutella & raspberry jam

Filling di tengah
Papercup mesti di letakkan didalam acuan cupcake
agar bentuknya cantik

Teknik Bain-marie atau waterbath : Bakar/steam
dalam ketuhar

Cara :
  • Panaskan ketuhar 160c
  • Didalam mangkuk,putar telur dan gula satu persatu hingga betul2 kembang,kemudian baru masukkan telur kuning dan vanilla.Putar lagi hingga sebati dan masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
  • Akhir sekali masukkan susu segar dan putar lagi selama 6min-8min.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
  • Masukkan adunan yang telah diwarna kedalam pipping bag.
  • Masukkan papercup kedalam acuan cupcake.
  • Picit adunan kedalam papercup 1/4 dan masukkan filling dan tutup semula dgn adunan hingga hampir penuh untuk mendapat apam yg naik cantik.
  • Titikkan dot yg berlainan warna diatas adunan asal.
  • Bakar adunan menggunakan teknik bain-marie atau waterbath.Acuan cupcake di masukkan kedalam tray yang telah diisi dgn sedikit air dan tutup tray menggunakan aluminium foil.
  • Pastikan tray anda besar dan tinggi agar tidak menghalang proses apam mengembang atau menaik.
  • Bakar selama 15min. setelah siap bolehlah dihidang.

Saturday, February 8, 2014

Crepes

Ok,nak tunjuk sikit gambar-gambar filling crepe yang Nora dah pun cuba.Klik SINI untuk resepi basic crepe. Biasanya kalau dah buat Nora boleh simpan semalaman tapi mestilah dibalut dengan plastik wrap supaya crepe tak kering.
Biasanya Nora akan buat crepe pada malam hari dan isi fillingnya waktu anak2 nak kesekolah sebagai bekalan.

Snack :
Nutella wth Strawberry & Banana

Nutella & Strawberry

Nutella & Banana


Breakfast :
Roasted Beef & Egg Crepe
Roasted Beef Stripe

Add egg on top

Lipat bahagian tepi & Bakar

Bakar mengikut citarasa 
Dessert :
Ice-Cream wth banana & strawberry crepe
Drizzle wth choclate ganache or nutella

Balut bersama ice-cream kegemaran
Well my friend,be creative with filling...

Happy cooking!

Basic Crepe

Lately suka sangat makan crepe.Mungkin texture nya yang lebih ringan dan sedap dari pancake kot.Anak2 pun suka sangat.Lagipun kita boleh pelbagaikan fillingnya mengikut mood la kan...so sekarang kita belajar buat basic crepe.

Crepe :
  • 1 cwn tepung
  • 1 sb gula
  • 1/4 sudu garam
  • 1 1/2 cwm susu segar
  • 4 biji telur
  • 3 sb butter (dicairkan)

Cara :
  • Campur kesemua bahan kedalam blender dan blend sebati.
  • Adunan mestilah direhatkan selama lebih kurang 15min.
  • Setelah cukup rehat,panakan kuali lebih baik yang jenis non-stick.
  • Tuang adunan kedlam kuali dan goyang kuali agar adunan menjadi nipis seperti membuat kulit kuih dadar.
  • Ulang hingga habis.Crepe boleh disimpan untuk dimakan dgn filling kesukaan kelak.

Happy cooking!

Saturday, November 23, 2013

Seri Muka

Semalam Nora dijemput untuk menghadiri kenduri tahlil di kediaman sahabat Nora disini.Biasanya ade saja buah tangan yang akan Nora bawa.So Nora decided nak buat Seri Muka.Masalah disini nak mendapatkan santan yg betul2 sedap.Bukannya takde santan disini,cuma kebanyakan santan dtg dr Thailand dan didalam bentuk tin.
Dah banyak kali mencuba santan2 tu rasanya tiada satu pun yg betul2 sedap dan biasanya ada kelainan dari segi rasa.So Nora terfikir untuk menggantikan santan dengan fresh milk.Lagipun fresh milk lebih murah berbanding santan,maklum seri muka ni kena guna santan yang banyak.
So harini Seri Muka ni adalah menggunakan fresh milk semata2.You all bolehlah gantikannya dengan santan jika mahu.Dari segi rasa tiada beza malah lebih berkhasiat.

Seri Muka

Bahan Lapisan Bawah:-
  • 2 Cawan/500 gm beras pulut
  • 600 ml fresh milk
  • 2 tsp garam halus
  • sedikit minyak masak


Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit.Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Alaskan loyang dgn plastik dan masukkan pulut yg telah masak kedalamnya. Tekan pulut supaya mampat dalam loyang 10x10x2".



Bahan Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 1 1/4 Cawan gula castor
  • 3/4 Cawan tepung kastard
  • 800ml fresh milk
  • 10 helai daun pandan- diblender dengan fresh milk diatas dan ditapis



Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sk garam halus
  • 1/4 sk pandan essence (jika suka)
  • Pewarna hijau- secukupnya 

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja.

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.



Tips :

  • Semua bahan susu boleh diganti dgn santan.
  • Untuk mendapatkan potongan yang cantik ketika memotong,disarankan menggunakan pisau plastik.