Monday, January 27, 2014

Paung Goreng

Mula2 makan kuih ni,masa pergi ke Kuantan.Jatuh cinta pandang pertama.Rasanya sangat sedap,Macam kuih bom tapi inti ikan.Ini rupanya makanan orang Pantai Timur.Anyway tak susah pun nak buat dia sebenarnya.Tapi kalau buat pun hanya Nora je lah yang makan.Semua kat rumah ni tak minat pun.Takpe2 janji Nora suke....Lagi satu yang best,ikan Sardin ni memang senang nak dapat kat sini.Jom kita bikin Paung...


Paung Goreng :

  • 1/2 kg tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 400ml air
  • sedikit garam
  • Minyak menggoreng



Inti :

  • 3 ekor Ikan sardin (size besar)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 cm halia
  • 1 cawan susu / santan (Nora guna susu sbb santan sini kdg2 rasa pelik)
  • 1 sk helba
  • 1 sk gula
  • Garam


Cara :

  • Rebus ikan dan kisar isinya
  • Kisar bawang dan halia.
  • Masukkan kesemua bahan inti dan masak hingga kering,seperti serunding.
  • Sejuk dan ketepikan
  • Didalam mangkuk masukkan tepung pulut,tepung gandum,air dan garam
  • Gaul sebati.Setelah itu ambil adunan mengikut saiz yang anda suka,buat bentuk bulat dan di buat lubang ditengah untuk memasukkan inti ikan tadi.Proses ini seperti membuat kuih koci.
  • Ulang hingga adunan habis.Paung akan lebih cantik jika di bulat kecil kerana ianya akan mengembang bila di goreng.
  • Setelah siap,masukkan minyak yang banyak kedalam kuali atau Nora menggunakan periuk yang bersaiz sedang untuk memudahkan menggoreng,minyak perlu banyak supaya paung itu terendam ketika menggoreng.
  • Goreng dengan api yang perlahan kerana ianya mudah meletop ketika menggoreng.
  • Setelah kekuningan bolehlah diangkat.




Bila makan Paung ni susah nak berhenti.Rasa helba memberi rasa yang cukup unik pada ikan.Sekali rasa pasti nak lagi....cuba tau!

Happy Cooking

No comments:

Post a Comment