Thursday, November 21, 2013

Iranian Kebab (Koobideh Kabab)

Nora mmg suka makan makanan Arab.Bila dah bersuamikan orang Arab ni kenalah tahu serba sikit makanan mereka ni.Biasanya makanan mereka ni simple je.Kat Kl berlambak restoran makanan Arab dan biasanya restoran2 ni penuh dengan orang Melayu kita.
Jadi since ramai orang kita yg suka makanan Arab ni so Nora akan share sikit resepi2 mereka,maklumlah kalau makan kat restoran Arab ni harganya bukan murah tambahan pulak kalau nak bawa satu family mmg taklah....

One of my favourite ialah Kebab.Tapi Nora lebih suka pada kebab yg dibuat oleh orang2 Iran.Ianya lebih 'light' dari kebab orang2 Arab.Kebab dari negara arab biasanya padat dan 'Heavy'.Cara penyediaan juga berbeza walaupun bahan2 hampir sama.

Bagi Kebab dr Iran,mereka akan mengisar daging sebanyak dua kali.Maksudnya apabila kita beli daging kambing yg dikisar di supermarket tu dipanggil kisaran yg pertamaDaging Kambing yg sama akan dikisar lagi bersama bahan2 lain lagi yang itu dipanggil kisaran kali ke 2.

Manakala kebab dr Arab pula hanya sekali kisar yg bermakna daging kambing & lembu yg sedia dikisar seperti yg dibeli di supermarket hanya akan dicampur dgn bahan2 lain dan digaul sebati sahaja tanpa dikisar lagi.

Satu lagi yg membezakan mereka adalah,Kebab dr Iran 100% lamb atau 100%beef manakala dari Arab pula 75% lamb + 25% beef...oklah jom tgk resepi kedua2 Kebab ni.


Bentukkan seperti diatas

Iranian Kebab/Koobideh Kabab

Iranian Kebab (Koobideh Kabab)

500g  Minched lamb
2 Biji Bawang besar (kuning)
1 Biji Telur
2 Biji Tomato
1/2 sk garam
1/4 sk lada hitam yg dikisar
1 sudu besar (Sumac-boleh dibeli di kedai middle eastern) tapi klu tak ade tak perlu.
1/2 cawan parsley yg dicincang

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan tadi kecuali parsley kedalam food processor dan di kisar sampai semua bahan sebati.
  • Tuang kedlm mangkuk dan dimasukkan parsley.Gaul dan ditumbuk2 dan kaup ramas beberapa kali 
  • Dibentuk memanjang sprt dlm gambar dan disusun kedlm dulang pembakar.Nora bakar di dlm oven shj.
  • Tutup dulang menggunakan aluminium foil dan bakar on high temperature kira2 separuh masak dan kemudian buka aluminium foil tadi dan bakar lagi sehinnga kebab masak yg terlalu garing...
Tips:

Minched lamb boleh diganti dgn minched beef atau yg gemar ayam boleh diganti dgn minched chicken.
Happy Cooking....

Rempah Tumis

As promise,hari ni Nora sediakan pula resepi untuk rempah tumis buatan sendiri.Rasa masakan lebih enak dan sangat mudah disediakan.


REMPAH KARI DAGING/AYAM

Bahan-bahan:
5 camca besar biji ketumbar
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah-patahkan
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

 Cara membuatnya:
1.  Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit.  Kemudian jemur hingga kering.
2.  Goreng tanpa minyak sehingga harum dan kiar hingga halus.

3.  Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian hari.



REMPAH KARI IKAN

 Bahan-bahan:
  • 5 camca besar biji ketumbar
  • 1 camca teh jintan manis@kasar
  • 1/2 camca teh jintan putih@halus
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • 15 tangkai cili kering
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit


 Cara membuatnya:
  • 1.  Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit.  Jemur hingga kering kemudian goreng tanpa minyak hingga harum.
  • 2.  Kisar rempah sehingga halus.
  • 3.  Tambah serbuk kunyit dan gaul rata.  Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.



REMPAH KURMA

 Bahan-bahan:
  • 3 camca besar biji ketumbar
  • 1 camca teh jintan putih@halus
  • 1 camca teh lada putih biji
  • 2 batang kayu manis, patah-patahkan
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkeh
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit


 Cara membuatnya:
  • 1.  Cuci semua rempah diatas, kecuali serbuk kunyi, keringkan dan goreng tanpa minyak sehingga harum, kemudian kisar halus.
  • 2.  Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.





REMPAH SUP DAGING

Bahan-bahan:
  • 1 sudu biji rempah
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 kuntum bunga cengkeh
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 isi buah pala
  •  


Cara membuatnya:

  • 1.  Cuci bersih semua rempah.  tumbuk atau kisar halus.
  • 2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
  • 3.  Sup bunjut sedia digunakan.




TIP UNTUK SUP
Kombinasi sup berbeza mengikut jenis masakan, tambahan lebih kayu manis digunakan untuk membuat sup daging lembu/kambing.  Kurangkan kayu manis bagi membuat sup ayam dan sup sayur.  Tambahkan daun bay@ daun salam, buah keras dan bunga kering berbentuk panjang (tidak diketahui namanya)vuntuk sup ikan.



REMPAH SUP BUNJUT

 Bahan-bahan:
  • 5 biji buah pelaga
  • 7 biji bunga cengkeh
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang



Cara membuatnya:
  • 1.  Cuci bersih semua rempah.  Masukkan rempah dalam 1 helai kain kasa. 
  • 2.  Bungkus kemas dan ikat dengan benang putih.
  • 3.  Sup bunjut sedia digunakan.

Selamat mencuba  :)


Wednesday, November 20, 2013

Rempah Tumis Buat Sendiri


Masa kat Msia bila nak masak lauk yg berempah,beli je rempah tumis dan masak.Kat sini susah nak cari, tambahan small town macam Fredericton ni,susah sangat...So semua kena buat sendiri.
Jom kita buat rempah tumis homemade ya...
Firstly,kita kenalah kenal jenis rempah kita.Klu tak kenal macamana nak buat...meh kita tgk apa yang ade dlm lemari Nora tu...


Helba / Fenugreek

Ketumbar /  Coriander

Biji Sawi / Mustard Seed

Buah Pelaga / Cardomon

Kulit Kayu Manis / Cinnamon

Bunga Lawang / Star Anise

Bunga Cengkih / Clove

Jintan Manis / Fennel

Jintan Putih / Cumin

 Helba Campur...
biasanya untuk tumisan Kari Ikan

Tumisan bagi sup atau rempah ayam/daging



Ok sekarang dah tahu rupa rempah ratus,so next n3 Nora akan buat resepi untuk Rempah2 tumis...Kari Ikan,Kari Ayam,Rempah Kurma,Rempah Sup & Sup Bunjut.

Till next n3...

Tuesday, November 19, 2013

Butter Cake

Kelmarin punyalah nak makan butter cake,rasanya resepi ikut mcm biasa tapi entah apa yg silapnya bia nak msk dlm acuan, batter tu mcm keras sikit. So harini mcm kes balas dendamlah.Hati2 & penuh teliti sbb takut salah lagi. Dan Alhamdullilah kali ni jadi mcm biasa...Sedap!  :)

 Resepi Butter Cake :

 250gm (1 buku) Butter
 250gm (2 cawan) Castor Sugar (blh kurangkan klu mau)
 250gm (2 cawan) Self-raising Flour
 5 biji telur
 1 sk Vanilla

 Cara :

- Panaskan Oven suhu 170c
- Pukul butter & gula hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan vanilla extract
- Akhir sekali masukkan tepung dan bancuh pd kelajuan sederhana hingga sebati
- Masukkan ke dln acuan dan bakar selama 45min.klu bakar sbg cupcake reduce time bakar to one-third or one-half,senang kira 15min-20min....

Kali ni Nora buat didlm acuan cupcake supaya senang anak2 bawa ke sekolah.


Btw,kek ni more to sponge type.Insyallah lain kali Nora akan masukkan n3 Butter Cake yg moist ye... Selamat memcuba...muaaah muaaah

Monday, November 18, 2013

Im Back...

Its been a while since I made a new n3... Well,im dedicating this blog to all my friend yg nak masak2 homestyle,kampung style & macam2 lagilah.Since dah jauh ni kadang2 tu mmg susah nak cari bahan2 masakan so jom ikut I sama2 kita cari alternatif lain atau kita modify sikit bahannya kalau perlu...let join me, kita mengembara sama2 di bumi asing dr kaca mata dan citara saya... Ok, mula2 cite arini... Cicah Brussel Sprout dgn sambal belacan.As I mentioned kat FB,menangis mat2 saleh ni klu tengok...
Pada sesiapa yg belum cuba,mesti cuba coz sedap giler...Kat Msia mungkin mahal sikit tapi sekali sekala takpe kot janji puas. Ok, next n3 Insyallah Nora akan beri resepi Kebab. oh ya...Salam rindu utk semua