Thursday, November 21, 2013

Caramel Croissant Pudding

Resepi ni Nora salin dari resepi Nigella Lawson dgn sedikit modification oleh Nora.One of my favourite chef.Sangat senang dan sangat sedap...kat sini Croissant sgt murah.My son mmg suke dgn resepi ni.






Caramel Croissant Pudding

4 Croissant
1 Cup Gula
3 Sudu Besar air
1Cawan Cream
1Cawan Fresh Milk
2 eggs
1/2 Cawan kismis
secubit garam

Cara :

  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Carik2 Croissant  mengikut saiz yg anda suka dan masukkan kedalam loyang pembakar yg telah di oleskan butter dan tabukakan kismis, biarkan ketepi,Nora lebih suka menggunakan loaf pan.
  • Pukul sedikit telur,garam,susu dan cream dan di tuang kedlm croissant tadi. 
  • Campurkan gula dan air kedlm periuk dan dimasak menjadi karamel.Jaga jgn sampai hitam kerana akan terasa pahit,setelah siap cepat2 tuang ke atas adunan croissant tadi.
  • Bakar selam 20min.Makan panas atau sejuk
Tips :
  • Untuk membuat caramel yg cantik dan tidak keras atau crack, pastikan setelah dimasukkan ke dlm periuk,jangan sekali2 di kacau gula tadi.Biarkan masak sendiri dgn menggoyang2kan periuk tadi sepaya tak melekat.Ini termasuklah jika membuat caramel utk sebarang jenis resepi lain.
  • Lebih baik menggunakan non-stick pan,lebih mudah dan tak akan melekat ketika memcuci periuk.
  • Jika tiada cream,bolehlah diganti dgn 1 cawan susu lagi.


Sekali cuba,berkali2 nak lagi....

No comments:

Post a Comment