Thursday, November 21, 2013

Iranian Kebab (Koobideh Kabab)

Nora mmg suka makan makanan Arab.Bila dah bersuamikan orang Arab ni kenalah tahu serba sikit makanan mereka ni.Biasanya makanan mereka ni simple je.Kat Kl berlambak restoran makanan Arab dan biasanya restoran2 ni penuh dengan orang Melayu kita.
Jadi since ramai orang kita yg suka makanan Arab ni so Nora akan share sikit resepi2 mereka,maklumlah kalau makan kat restoran Arab ni harganya bukan murah tambahan pulak kalau nak bawa satu family mmg taklah....

One of my favourite ialah Kebab.Tapi Nora lebih suka pada kebab yg dibuat oleh orang2 Iran.Ianya lebih 'light' dari kebab orang2 Arab.Kebab dari negara arab biasanya padat dan 'Heavy'.Cara penyediaan juga berbeza walaupun bahan2 hampir sama.

Bagi Kebab dr Iran,mereka akan mengisar daging sebanyak dua kali.Maksudnya apabila kita beli daging kambing yg dikisar di supermarket tu dipanggil kisaran yg pertamaDaging Kambing yg sama akan dikisar lagi bersama bahan2 lain lagi yang itu dipanggil kisaran kali ke 2.

Manakala kebab dr Arab pula hanya sekali kisar yg bermakna daging kambing & lembu yg sedia dikisar seperti yg dibeli di supermarket hanya akan dicampur dgn bahan2 lain dan digaul sebati sahaja tanpa dikisar lagi.

Satu lagi yg membezakan mereka adalah,Kebab dr Iran 100% lamb atau 100%beef manakala dari Arab pula 75% lamb + 25% beef...oklah jom tgk resepi kedua2 Kebab ni.


Bentukkan seperti diatas

Iranian Kebab/Koobideh Kabab

Iranian Kebab (Koobideh Kabab)

500g  Minched lamb
2 Biji Bawang besar (kuning)
1 Biji Telur
2 Biji Tomato
1/2 sk garam
1/4 sk lada hitam yg dikisar
1 sudu besar (Sumac-boleh dibeli di kedai middle eastern) tapi klu tak ade tak perlu.
1/2 cawan parsley yg dicincang

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan tadi kecuali parsley kedalam food processor dan di kisar sampai semua bahan sebati.
  • Tuang kedlm mangkuk dan dimasukkan parsley.Gaul dan ditumbuk2 dan kaup ramas beberapa kali 
  • Dibentuk memanjang sprt dlm gambar dan disusun kedlm dulang pembakar.Nora bakar di dlm oven shj.
  • Tutup dulang menggunakan aluminium foil dan bakar on high temperature kira2 separuh masak dan kemudian buka aluminium foil tadi dan bakar lagi sehinnga kebab masak yg terlalu garing...
Tips:

Minched lamb boleh diganti dgn minched beef atau yg gemar ayam boleh diganti dgn minched chicken.
Happy Cooking....

No comments:

Post a Comment