Tuesday, December 17, 2013

BBQ Chicken Pau

Anak-anak memang suka makan pau.Masa di Msia,apalagi beli je la,Nora ingat leceh nak buat.Especially pau yang putih gebu macam yang cina selalu buat.Ingat lagi kalau pegi Dim Sum,pau yang jadi kegemaran mestilah BBQ dan kalau pergi utara tanahair pula mesti tak lupa beli pau Yik Mun.Sekarang ni Nora dah boleh buat sendiri pun.
Ini 1st. attempt buat pau,Alhamdulillah menjadi.Tapi rupa nya kurang sikit.Insyallah mungkin lain kali buat cantiklah kot.Practise make perfect kan....

BBQ Chicken Pau
Bahan-Bahan Pau


  • 21/4 sk Instant dry yeast (Mauripan/Kijang)
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sk cuka
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula icing
  • 3 sb shortening
  • 10ml air 
  • 1 sk baking power


Cara :


  • Ayak tepung bersama gula icing kedalam mangkuk yang besar.
  • Campurkan air suam,cuka dan yis kedalam mangkuk atau bekas dan kacau hingga sebati,biarkan yis sedikit berbuih (10min)
  • Setelah adunan yis siap,tuangkan mangkuk yang berisi tepung.Kacau mengguna senduk hingga sebati.
  • Kemudian masukkan shortening dan uli  selama 10min - 15min, hingga lembut dan tidak melekat.
  • Biarkan doh rehat selam 30min dan tutup hingga doh menjadi double.
  • Didalam gelas,bancuh air dan baking powder.Renjis keatas doh dan uli sebati.
  • Bahagikan doh mengikut size yang anda suka,tidak terlalu besar kerana doh ini akan mengembang ketika mengukus.
  • Canai doh jangan terlalu nipis dan masukkan inti dan tutup membentuk bulat atau lipat 'plait' jika suka dan lapik bahagian bawah doh dengan kertas minyak atau parchment paper.
  • Susun doh kedalam kukusan,jangan terlalu rapat kerana ia akan mengembang.Renjis atau spray doh dengan sedikit air sebelum mengukus.
  • Kukus selama 12 min dengan api sederhana.

Campuran yis,air suam & cuka

Masukkan campuran yis kedalam tepung

Kacau dengan senduk hingga sebati dan
kemudian uli dengan tangan

Rehatkan selama 30min

Setelah 30min doh tidak perlu diuli lagi

Bahagikan mengikut size yang anda suka

Canai sedikit untuk memudahkan mengisi inti

Masukkan inti yang anda suka

Plait doh atau bulat mengikut kesukaan

Pau yang telah siap
Filling :

BBQ Chicken
Bahan-Bahan :
A
250gm Isi ayam
1 sb minyak masak
1 sk gula
1 biji bawang kecil dicincang
1 sb kicap pekat
1 sb kicap manis
1 sk sos tiram
1 sk minyak bijan (jika suka)
1-2 titik pewarna merah (jika suka)

B
150ml air
2 sb tepung jagung
garam

Cara :

  • Tumis bawang hingga wangi masukkan ayam dan semua bahan2 A.
  • Campurkan kesemua bahan B.
  • Setelah bahan2 A masak barulah tuangkan bahan B,kacau sebentar dan tutup api setelah pekat.
  • Sejukkan sebelum masukkan sebagai inti pau.



Tips :
Untuk doh yang putih,masukkan 2 sb cuka ke dalam air kukusan.

Happy Cooking!

No comments:

Post a Comment