Tuesday, December 17, 2013

Chicken Franks Pizza

Sekarang musin winter,kat sini sejuk sangat.New Brunswick bolehlah dikira salah satu states yang paling sejuk di Canada ni.Mengikut kata kawan-kawan kadang2 suhu boleh mencapai sehingga -30c.Perut sentiasa lapar,sebab badan memerlukan energy lebih time macam ni.
Biasanya Nora akan sediakan sarapan pagi untuk anak2 sebelum ke sekolah,snack & Lunch pun prepare pagi sekali sbb snack time dalan pukul 10a.m dan Lunch 12pm disekolah.Penat tak payah cakap la.Mana terjerit pagi2 nak suruh bangun dan bersiap :)
Breakfast senang,ceral & milk.Snack tu biasanya Nora prepare malam hari just heat up paginya,macam pau,rolls,chicken franks etc...Lunch biasanya sandwhich.But since winter ni Nora lebih suka hantar lunch sebab kesian kalau prepare dari pagi nanti makanan sejuk.So hari ni Nora buat pizza.Senang je,pkl 10.30am Nora mula mengadun dan semua siap untuk dihantar pkl 12.00pm.Jom kita buat pizza.

Chicken Franks Pizza

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 2 1/4 sk Instant yis
  • 1/4 sk garam
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk gula
  • 1/4 cawan olive oil (klu takde minyak masak ok je)
  • sedikit olive oil utk dilumur pada doh
  • Shredded Cheddar Cheese
  • Shredded Mozzarella Cheese
  • Chicken franks (potong ikut size yang anda suke tapi jgn tebal sangat.

Cara :
  • Panaskan oven 180c
  • Campur gula ke dalam air suam dan masukkan yis.Kacau rata dan biarkan selama 5min
  • Ayak tepung kedalam mangkuk.Masukkan garam,buat lubang ditengah-tengah tepung,tuangkan olive oil dan bancuhan yis kedalam tepung.
  • Ambil pisau dan alurka seolah-olah memotong kok sehingga tepung dan bahan-bahan tadi sebati.
  • Setelah itu bolehlah diuli dengan tangan sehingga doh tidak lagi melekat di tangan.
  • Sapukan olive oil kedalam mangkuk dan masukkan doh dan lumurkan olive oil pada doh tersebut.Tutup dan biarkan doh naik double.
  • Keluarkan doh dan tumbuk doh yang naik tersebut.Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang anda mahu.
  • Sapukan dulang pembakar,canaikan doh dan cucuk dengan garfu untuk memberi udara.
  • Pada ketika ini bolehlah disapukan sos dan taburkan cheddar cheese diikuti chicken franks dan akhir sekali ditutupi dengan mozzarella cheese.
  • Bakar selama 20min. setelah siap bolehlah dihidang panas.
Campurkan semua bahan diatas biar 5min

Tuangkan campuran yis serta olive oil
kedlm tepung

Uli hingga tidak melekat

Lumurkan minyak ke dalam mangkuk

Lumurkan juga minyak pada doh

Setelah direhatkan beginilah rupa doh

Canai dan bentuk mengikut size yang
anda suka dicucuk dengan garfu
Sapukan sos,taburkan dgn cheddar chesse
dan susun chicken franks

Akhir sekali taburkan mozarella cheese
diatas dan bakar


Sos - my homemade sauce
Bahan-bahan :
  • 156ml tomato puree (1tin kecil)
  • 2 sb tomato sos
  • 2 sb cili sos
  • 1 sk dry oregano
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 3 sb air

Cara :
Campur semua bahan dan panaskan diatas api dan gaul sebati.
Sapu keatas doh setelah sejuk.

*Tips
  • Doh boleh juga dibiar separuh masak dan disimpan beku.Doh hanya perlu di bakar selama 8min-10min dan biar sejuk kemudian dibalut dgn plastik dan dibekukan.
  • Keluarkan 30min lebih awal pada suhu bilik kemudian tabukkan cheese & Filling.
  • Bakar selama 12min pada suhu 180c 


Anak-anak bagi AAA untuk pizza ni,Mr.Hubby kata the doh more to Pizza Hut doh than Dominos kalau macam ni mommy boleh buka Pizza Place la hehehehe....

Happy Cooking!


No comments:

Post a Comment