Friday, December 13, 2013

Mac & Cheese

Hari ni kita buat Mac & Cheese pulak.Since ada balance cheese dari Rolls kelmarin.Ni favourite semua orang dalam rumah ni,well except Nora.Maklum tekak orang melayu.Tapi biasanya majoriti wins hehehe.
Resepi ni senang sangat-sangat.Tiada penggunaan bawang langsung.

Mac & Cheese
Bahan-bahan :
  • 500gm Maccaroni atau Penne (or any other pasta yg suka) di rebus
  • 2 cawan susu segar
  • 2 cawan Cheddar Cheese (shredded)
  • 1 or 2 Sausages di hiris
  • 1/2 cawan butter
  • 2 sb tepung 
  • 1sk lada hitam
  • garam jika perlu (ini kena ikut rasa sbb kadang2 cheese dah masin)
  • Parsley jika mahu


Cara : refer to photos
Masukkan butter kedlm periuk dan tunngu hingga cair

Masukkan tepung dan kacau sebati sampai berbuih

Masukkan susu dan kacau hingga menggelegak

Masukkan Cheese masak hingga sebati

Kemudian masukkan sausage

Akhir sekali masukkan pasta dan lada hitam dan
rasa garam,tambah jika perlu

Sebelum tutup api,bolehlah masukkan parsley dah dihiris halus.Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment