Sunday, December 8, 2013

Red Velvet Cupcake

My princess memang gemar RVC,bagi dia kek yang lain semua tak sedap katanya.Hari ni pun dirayu lagi nak RVC.Sebenarnya dah beberapa kali juga buat RVC ni tapi tak dapat resepi yang betul-betul memuaskan tapi berkat kesabaran dan semangat tak putus asa mencuba dapat juga akhirnya resepi yang betul2 sedap,gebu dan lembut.


Red Velvet Cupcake

Bahan2

Bahan A - dicampur semua dan di ayak, kemudian ketepikan.
  • 2 cawan all purpose-flour
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk kecil baking powder
  • 1 sk garam
  • 2 sk serbuk koko

Bahan B
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan Buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb jus lemon)
  • 2 sk vanilla
  • 1/2 cawan plain hot coffee (2 sb nescafe + 1/2 cawan air panas)
  • 2 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka masakan

Bahan-bahan RVC
Cara :
  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Pukul gula dan minyak masak hingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan buttermilk,vanilla dan diikuti pewarna merah
  • Masukkan coffee dan cuka.
  • Akhir sekali perlahankan mixer dan perlahan2 masukkan Bahan A dan gaul sebati.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170c

* Untuk cupcakes,bakar selama 18min-20min sahaja
* Untuk kek biasa,bakar selama 30min-40min.
Isikan separuh sahaja adunan kedlm paper cup.

Cream Cheese Frosting :
1 buku Cream Cheese
1/4 cawan butter
2 sk vanilla
2 cawan gula icing
2 sb Sour cream (jika mahu)

Canpurkan semua bahan diatas dan dipukul dengan mixer hingga sebati.
Apabila kek telah benar-benar sejuk barulah dihias kek tersebut.

Pastikan kek benar2 sejuk sebelum dihias.


Untuk kali ini Nora buat sebanyak 12 cupcakes untuk anak-anak dan selebihnya Nora bakar didalan loaf pan.Cupcake lebih mudah untuk anak-anak bawa kesekolah manakala Mr. hubby pulak tak gemarkan frosting,so barulah adil untuk semua.

Resepi yang harus dicuba...Senang & Sedap
Happy Cooking!

1 comment:

  1. Salam nora...moga sihat je....saya suka post recepi nora...cam senang je nak buat....tp saya nih 'buta' masak...masak ke laut....saya follow nih leen (azleena) yg rekomen. ....nak tanya cheese cream tu mcm mana..? Tq

    ReplyDelete