Monday, January 27, 2014

Dobukki ala Nora

This one really surprise me...masa mula2 try ni kat Mid Valley Food Court.1st try dah suke yang lagi buat Nora surprise bila my hubby si Arab tu pun suke juga.Lepas pada tu apalagi cubalah cari resepi dia.So far rasanya seteah beberapa tempat yang Nora cube, still Mid Valley punya tetap terbaik dari segi rasa.Masa Mid Valley food court di renovate selama 6 bulan frust betul tapi lepas tu dia masih disitu.Tapi la ni ape pun kena la buat sendiri.Nasib ade gak Korean grocery kat sini.
Ok resepi ni takde sukatan.Nora tak pandai nak sukat.Main ikut selera je...but no worries bahan semua sama hehehehe
Kita buat tru gambar jelah ye...

Dobukki
  • 6-7 batang Rice Cake (potong ikut size yg anda suke)
  • Gochujang/Korean Chili Paste (3 sudu besar)
  • 6-7 ekor ikan bilis (Dibelah dan buang perut)
  • 400ml air
  • kobis
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 keping dry fish cake
  • 3 biji telur rebus
  • Gula
6-7 Keping rice cake dipotong mengikut size kesekaan
3 sb Gochujang/korean chili paste
2 Keping  fish cake nipis

Fish Cake potong ikut size yg anda suke

Potong kecil kobis & hiris bawang

Masukkan air dan ikan bilis,kemudian rebus
Masukkan rice cake dan kesemua bahan2.
Rebus hingga pekat dan rasa garamya.


Sedap di makan bersama kimchi...
Biasanya kita was-was nak makan kat kedai tu,so kalau rajin dan teringin sangat bolehlah mencuba resepi ni.Anda juga boleh belajar dari youtube untuk resepi ni...

Selamat Mencuba!!!

Paung Goreng

Mula2 makan kuih ni,masa pergi ke Kuantan.Jatuh cinta pandang pertama.Rasanya sangat sedap,Macam kuih bom tapi inti ikan.Ini rupanya makanan orang Pantai Timur.Anyway tak susah pun nak buat dia sebenarnya.Tapi kalau buat pun hanya Nora je lah yang makan.Semua kat rumah ni tak minat pun.Takpe2 janji Nora suke....Lagi satu yang best,ikan Sardin ni memang senang nak dapat kat sini.Jom kita bikin Paung...


Paung Goreng :

  • 1/2 kg tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 400ml air
  • sedikit garam
  • Minyak menggoreng



Inti :

  • 3 ekor Ikan sardin (size besar)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 cm halia
  • 1 cawan susu / santan (Nora guna susu sbb santan sini kdg2 rasa pelik)
  • 1 sk helba
  • 1 sk gula
  • Garam


Cara :

  • Rebus ikan dan kisar isinya
  • Kisar bawang dan halia.
  • Masukkan kesemua bahan inti dan masak hingga kering,seperti serunding.
  • Sejuk dan ketepikan
  • Didalam mangkuk masukkan tepung pulut,tepung gandum,air dan garam
  • Gaul sebati.Setelah itu ambil adunan mengikut saiz yang anda suka,buat bentuk bulat dan di buat lubang ditengah untuk memasukkan inti ikan tadi.Proses ini seperti membuat kuih koci.
  • Ulang hingga adunan habis.Paung akan lebih cantik jika di bulat kecil kerana ianya akan mengembang bila di goreng.
  • Setelah siap,masukkan minyak yang banyak kedalam kuali atau Nora menggunakan periuk yang bersaiz sedang untuk memudahkan menggoreng,minyak perlu banyak supaya paung itu terendam ketika menggoreng.
  • Goreng dengan api yang perlahan kerana ianya mudah meletop ketika menggoreng.
  • Setelah kekuningan bolehlah diangkat.




Bila makan Paung ni susah nak berhenti.Rasa helba memberi rasa yang cukup unik pada ikan.Sekali rasa pasti nak lagi....cuba tau!

Happy Cooking

Layered Cheese Cake in a Jar

Memang dah lama berazam nak buat ni...rumah ni memang jarangla nak makan cheese cake sebabnya my bujang and mr. hubby kureng sikit makan cheese kek ni.Tapi masa makan ni,habis licin masing2 punya jar...maknanya sedapla tu,siap bagi komen macam juri Masterchef lagi....
Ok,untuk resepi ni kita buat slow and steady.Kena buat step by step.Biasanya untuk Berries sauce,Nora akan buat sehari sebelumya sebab biar di blend together baru sedap dan untuk tuang sos tu biarlah dia betul-betul sejuk supaya cream cheese tu tak mencair.



Layered Cheese Cake in a Jar

Mixed Berries Sauce :
6 Biji Strawberry bersize besar
8-10 biji Blackberries
2 sb Raspberry Jam (atau apa2 jenis jam tak apa)
1 sb lemon jus
1 sb air
1 sb gula
Cara :
Potong kecil strawberry dan masukkan kesemua bahan kedlm sauce pan.
Masak sehingga sos menjadi pekat.
Simpan didalam peti sejuk.






Lapisan Bawah :
20 keping biskut Marie
3 sudu butter

Cara :
Kisar biskut dan masukkan butter
Setelah sebati,masukkan kedalam balang dan tekan.Jangan teralu mampat bila menekan kerana jika terlalu mampat akan menjadi sangat keras sewaktu menikmatinya.
Setelah itu simpan didalam peti sejuk sementara menyediakan cream cheese pula.





Cream Cheese filling :
250g Cream Cheese 
1/2 cawan gula castor
4 sb greek yogurt ( normal pun ok gak)
2 sb thick cream/heavy cream/whipping cream (mana2 pun boleh)
1 sk vanilla

Cara : 
Masukkan kedalam mangkuk semua bahan dan putar hingga kembang dan kental.
Setelah siap ketepikan




Choc Sauce/Choc Ganache :
227g Semisweet/bittersweet choclate/choc chips (ikut mana yg anda suka).Potong kecil
180ml heavy cream/whipping cream
2 sb butter

Cara :
Panaskan cream bersama butter dan setelah panas tutup api.
Masukkan choclate yang telah dipotong kedalam cream yang masih panas.
Kacau perlahan-lahan hingga sebati.




Bila choc sauce telah siap,bolehlah mula memasukkan kesemua bahan kedalam bekas.Pilihlah bekas mengikut kesukaan anda.
Keluarkan bekas yg telah diisi biskut dari peti sejuk.
Masukkan cream cheese dan diikuti choc ganache dan kemudian cream cheese lagi dan akhir sekali diiukuti dengan mixed berries sauce.


Its really fun making this...senang dan sedap.

Happy Cooking!

Laksam

Well, yang ni memang my 1st.time,selalunya kalau nak makan Nora beli je.Surprise jugak bila ianya menjadi dgn sedap sekali.Sebenarnya taklah susah sangat nak membuatnya.Cuma ambil masa sedikit untuk buat laksam tu.Sambil tunggu sambil baca novel hehehehe






Laksam


  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam
  • 1 sk garam


cara :

  • Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
  • Tapis dan tuang kedalam bekas yang memudahkan untuk bahan dicurah kemudian (jug)
  • Panaskan kukusan dan letak tudung periuk kedalam kukusan dan lenserkan dgn minyak dan tutup sebentar.
  • Setelah panas tuang adunan kira2 setengan dr level tudung periuk dan tutup pengukus selama 5min.
  • Setelah adunan kelihatan meggelembong,Angkat dan gulung laksam yang telah siap
  • Ulang sehingga habis.






 Bahan Kuah :

  • 4 ekor ikan sardin saiz besar.rebus dan ambil isi
  • 1 kg santan pekat
  • 1 gelas air
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 3 kpg asam keping
  • Garam
  • gula secukup rasa

Kisar bawang besar,bawang putih dan halia.
Masukkan kesemua bahan2 dan masak hingga mendidih.
Masukkan garan dan gula dan rasa mengikut kesukaan anda.






Ulam :
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Timun
  • Kobis

Sambal: Kesemua bahan dikisar
  • Cili Padi (merah)
  • Cuka 
  • Garam
  • Gula
Harap all my friends boleh mencuba resepi yang senang ni...pasti terkejut benda yang selama ini kita fikir susah,sebenarnya mudah aje...

Happy Cooking!



Friday, January 17, 2014

Vanilla Butter Cake

Sebelum ni dah pernah masukkan n3 untuk butter cake tapi Nora memang sentiasa nak cuba resepi2 yang orang kata sedap.Kali ni kita cuba resepi ni pulak.Buat kata Mr.Hubby,dia suka versi yang ni,nora pun suka yang ni juga.Jom kita intai resepi ni....

Vanilla Butter Cake

  • 2 cwn Butter
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1/4 cwn gula + 3/4 cwn gula
  • 4 biji telur
  • 60ml susu segar
  • 1 sk essen vanilla

Cara2 :


  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Asingkan putih dan kuning telur
  • Pukul putih telur bersama-sama 1/4 cawan gula sedikit demi sedikit hingga kembang dan ketepikan.
  • Di dalam mangkuk lain,pukul butter dan 3/4 cawan gula hingga kembang,masukkan vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji
  • Masukkan tepung dan susu ,bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,susu & tepung)
  • Masukkan separuh adunan putih telur dan pukul perlahan,setelah sebati masukkan separuh lagi dengan cara kaup balik hingga sebati
  • Tuang ke dalam bekas pembakar.Nora menggunakan 1tray muffin (6pcs) untuk anak2 dan 1 loaf tray untuk hubby yang tak suka krim hiasan.
  • Bakar adunan acuan muffin selama 18min - 20min, manakala loaf tray selama 40min. 







Kali ni Nora hanya menggunakan frosting yang telah siap, cuma perlu masukkan kedalam pipping bag dan hias.Aktiviti yang anak2 paling suka.setiap seorang dapat 2biji cupcake untuk dihias.

Untuk rasa Butter Cake yang moist,mungkin resepi ini sesuai dengan selera anda.

Happy cooking!

Wednesday, January 15, 2014

Puding Roti (Ciabatta Bun)

Ciabatta Bun mmg sedap ianya ala2 french loaf tapi berupa bun.Biasanya Nora akan  panaskan dan boleh dimakan dengam apa saja.Leftover bun ni biasanya akan mengeras so sedap kalau dibuat puding...
Kali ni Nora cuba taburkan biji bunga matahari menggantikan kismis.Rasanya ok juga dan rangup.
Ok jom kita cuba resepi ni...



Puding Roti (Ciabatta Bun)

Bahan-bahan :


  • 5 Ketul Ciabatta Bun ( Boleh diganti dgn French loaf)
  • 2 cawan susu segar
  • 1 cawan thick cream (boleh ganti susu sejat)
  • 3/4 cawan gula
  • 4 biji telur 
  • 4 sudu besar butter
  • 1 sk essen vanilla
  • Biji bunga matahari




Cara :


  • Panaskan Oven pada suhu 180c.
  • Potong bun mengikut saiz yg anda suka dan susu didalam dulang pembakar.
  • Didalam mangkuk pukul telur dan gula,kemudian masukkan susu,cream,vanilla.
  • Setelah sebati,curahkan bancuhan tersebut ke atas bun dan biarkan selama 1 jam.sebelum dibakar taburkan butter yg dipotong kecil keatas adunan dan akhir sekali taburkan biji bunga matahari.
  • Bakar selama 30min - 40 min. Nora biarkan rangup sedikit bahagian atasnya.


Yang ni memang sedap kalau dimakan panas bersama aiskrim perisa vanilla.

Happy cooking!

Butter Cream Chicken

Lamanya tak update blog.Lepas je balik dari holiday memang bz.Anyway Im back...Tadi teringin sangat nak makan butter cream chicken.Mr.Hubby pesan,kali ni dia nak rasa pedas sikit.Rindu agaknya nak makan pedas.Tadi pedas dia tak boleh blah hehehehe...tiru kata orang la ni.
Ok ni dia resepi...




Butter Cream Chicken

Bahan bahan:

  • 1 keping ayam thigh (boneless) - potong ikut saiz yg anda suka
  • 1 keping ayam keel/breast - potong ikut saiz yg anda suka
  • 2 sb butter
  • 1 batang cili padi merah - dihiris
  • 3 cili padi hijau -dihiris
  • 1 pelepah daun kari
  • 2 keping cheese
  • 300 ml susu cair - ikut kepekatan yg anda suka 
  • 1/2 ketul kiub ayam
  • Garam (rasa dahulu masinnya jika perlu shj)
  • Serbuk lada hitam
  • 1sk serbuk kari
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 telur yg di pukul
  • 1 sk garam
  • 1/2 sb sugar
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 1/2 jam.Goreng ayam sehingga kekuningan lebih elok menggoreng dgn kuali yg non stick
  •  
  • Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.
  •  
  • Masukkankiub ayam, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. 
  • Masukkan ayam tadi dan masak seketika,kuah akan memekat dgn sendiri.Setelah masak bolehlah dihidang.




Bahan perap:



Cara cara:
Butter cream Chicken ni sedap dimakan dengan nasi panas.Biasanya Nora akan goreng telur mata dan salad atau brocoli yg di rebus sebagai side dishes.

Selamat Mencuba n Happy cooking!