Friday, January 17, 2014

Vanilla Butter Cake

Sebelum ni dah pernah masukkan n3 untuk butter cake tapi Nora memang sentiasa nak cuba resepi2 yang orang kata sedap.Kali ni kita cuba resepi ni pulak.Buat kata Mr.Hubby,dia suka versi yang ni,nora pun suka yang ni juga.Jom kita intai resepi ni....

Vanilla Butter Cake

  • 2 cwn Butter
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1/4 cwn gula + 3/4 cwn gula
  • 4 biji telur
  • 60ml susu segar
  • 1 sk essen vanilla

Cara2 :


  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Asingkan putih dan kuning telur
  • Pukul putih telur bersama-sama 1/4 cawan gula sedikit demi sedikit hingga kembang dan ketepikan.
  • Di dalam mangkuk lain,pukul butter dan 3/4 cawan gula hingga kembang,masukkan vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji
  • Masukkan tepung dan susu ,bermula dengan tepung dan akhir dengan tepung (tepung,susu & tepung)
  • Masukkan separuh adunan putih telur dan pukul perlahan,setelah sebati masukkan separuh lagi dengan cara kaup balik hingga sebati
  • Tuang ke dalam bekas pembakar.Nora menggunakan 1tray muffin (6pcs) untuk anak2 dan 1 loaf tray untuk hubby yang tak suka krim hiasan.
  • Bakar adunan acuan muffin selama 18min - 20min, manakala loaf tray selama 40min. 







Kali ni Nora hanya menggunakan frosting yang telah siap, cuma perlu masukkan kedalam pipping bag dan hias.Aktiviti yang anak2 paling suka.setiap seorang dapat 2biji cupcake untuk dihias.

Untuk rasa Butter Cake yang moist,mungkin resepi ini sesuai dengan selera anda.

Happy cooking!

No comments:

Post a Comment