Saturday, November 23, 2013

Seri Muka

Semalam Nora dijemput untuk menghadiri kenduri tahlil di kediaman sahabat Nora disini.Biasanya ade saja buah tangan yang akan Nora bawa.So Nora decided nak buat Seri Muka.Masalah disini nak mendapatkan santan yg betul2 sedap.Bukannya takde santan disini,cuma kebanyakan santan dtg dr Thailand dan didalam bentuk tin.
Dah banyak kali mencuba santan2 tu rasanya tiada satu pun yg betul2 sedap dan biasanya ada kelainan dari segi rasa.So Nora terfikir untuk menggantikan santan dengan fresh milk.Lagipun fresh milk lebih murah berbanding santan,maklum seri muka ni kena guna santan yang banyak.
So harini Seri Muka ni adalah menggunakan fresh milk semata2.You all bolehlah gantikannya dengan santan jika mahu.Dari segi rasa tiada beza malah lebih berkhasiat.

Seri Muka

Bahan Lapisan Bawah:-
  • 2 Cawan/500 gm beras pulut
  • 600 ml fresh milk
  • 2 tsp garam halus
  • sedikit minyak masak


Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit.Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Alaskan loyang dgn plastik dan masukkan pulut yg telah masak kedalamnya. Tekan pulut supaya mampat dalam loyang 10x10x2".



Bahan Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 1 1/4 Cawan gula castor
  • 3/4 Cawan tepung kastard
  • 800ml fresh milk
  • 10 helai daun pandan- diblender dengan fresh milk diatas dan ditapis



Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sk garam halus
  • 1/4 sk pandan essence (jika suka)
  • Pewarna hijau- secukupnya 

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja.

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.



Tips :

  • Semua bahan susu boleh diganti dgn santan.
  • Untuk mendapatkan potongan yang cantik ketika memotong,disarankan menggunakan pisau plastik.


No comments:

Post a Comment