Mr. Hubby memang suka makan cream puff,jadi ni memang wajiblah dibuat selalu.Tapi nasiblah cara membuatnya sangat senang jadi taklah menjadi masalah bila tiba2 ade je request nak makan ni cumanya kena rajin simpan cream filling atau custard filling.
Jom kita buat Cream puff...
Cream PuffBahan2 :
- 1/2 cawan tepung
- 1/2 sk castor sugar
- 1/4 sk garam
- 1/4 cawan butter
- 1/2 cawan air
- 2 biji telur (dipukul dgn garfu)
- Gula icing - hiasan
Air dan butter dimasak hingga butter cair |
Butter dipotong kecil supaya ia lebih cepat cair sebelum air mendidih |
Masakkan semula diatas api untuk memastikan tidak terlalu banyak air |
Putar adunan dengan telur hingga adunan bersatu seperti di gambar |
Scoop atau pipe membentuk bulat |
Beginilah setelah dikeluarkan dr oven |
Cara :
- Panaskan oven 200c
- Masak air dan butter didalm periuk dan biarkan butter cair.
- Setelah butter cair masukkan tepung yang telah diayak bersama gula dan garam dan angkat dari api
- Kacau sebentar hingga sebati dan letakkan semula keatas api yang sederhana dan kacau lebih kurang 3-5min untuk memastikan air dari tepung sedikit kering.
- Setelah itu masukkan adunan tadi kedalam mixing bowl dan putar hingga bahan sedikit sejuk.
- Masukkan telur perlahan2 sambil terus putar adunan dengan kelajuan sederhana,apabila kesemua telur disatukan barulah pukul dengan kelajuan maksimum.
- Bahan tadi hendaklan sebati dan tidaj berketul.
- Apabila siap,masukkan adunan ke dalam pipping bag atau scoop dengan sudu dan membentuk bulat mengikut saiz kesukaan anda.Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang ketika dibakar.
- Size yang sesuai ialah apabila anda mendapat 12biji puff.
- Sapukan dengan telur yang dipukul keatas adunan untuk memberi warna yang menarik.
- Bakar pada suhu 200c selama 15min dan turunkan suhu kepada 180c untuk 20min yang seterusnya atau hingga adunan masak
- Apabila sudah masak,angkat keluar puff dan dibelah 2.Tunggu hingga betu2 sejuk sebelum memasukkan filling kerana jika masih panas atau suam filling akan mencair.
- Sila tekan SINI untuk resepi Butter cream filling.
- Ayak sedikit gula icing keatas puff sebelum dihidang
Cream puff lebih sedap dan lembut apabila telah sejuk.Nora lebih suka texture yang sudah disimpan selama sehari.
Happy Cooking!
No comments:
Post a Comment