Friday, December 13, 2013

Cinnamon Rolls

Sorry friends lambat sikit upload resepi ni.My lappy gone mad kejap.Ok sebenarnya Nora buat ni atas permintaan my bujang yang nak makan donut,tapi lepas tu si daddynya minta pulak dibuat Cinnamon rolls sebab dia kurang sikit donut ni.Memandangkan doh nya sama so dapatla dibuat dua-dua sekali.

Cinnamon Rolls
Bahan2 : Doh yang sebaguna (Donut,Cinnamon rolls & roti)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 peket Instan yis / 11gm
  • 1/2 cawan margeri
  • 1 sb shortening
  • 2 sb gula
  • 2 sb susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 200ml air suam
Bahan-bahan

Cara ;
  • Panaskan oven 200c
  • Didalam mangkuk besar,masukkan air suam,gula,susu,margerin,shortening dan yis.Kacau dan biarkan selama 10min-15min
  • Setelah itu masukkan separuh dari tepung kedalam adunan tadi dan kacau menggunakan senduk,masukkan telur yang telah dipukul dan kacau lagi dengan satu arah.
  • setalh sebati masukkan kesemua tepung dan rate menggunakan tangan dan uli sedikit tidak melekat.





Filling :

  • 1 cawan gula perang + 2 sb gula
  • 1 sb cinnamon powder
  • 1/2 cawan butter di cairkan

Cara :

  • Bahagikan doh kepada 4 bahagian
  • Kemudian canaikan doh tersebut setebal 1cm
  • Sapu rata filling keatas doh yang telah dicanai
  • Gulung dan potong mengikut saiz yang anda suka
  • Susun kedalam dulang pembakar yang telah di lengserkan dgn mentega
  • Biarkan hingga doh naik lebih kurang 2x ganda
  • Setelah itu bakar selama 20min

*Kat sini Nora buat satu lagi filling yang Nora suka,cheese.
oppps lupe...im using Tripple Cheddar Cheese (Shredded) normal Shredded Cheddar ok gak.
Makan ketika masih panas.

Tips :
Filling boleh diganti dgn keju yang di sagat atau apa-apa saja filling yang anda suka.

Happy Cooking!
As usual klu suke boleh follow my blog by just clicking followers :)

Tuesday, December 10, 2013

Bingka Labu

Memandangkan mata ni masih lagi segar walaupun jam dah point at 12.30am,so Nora upload la resepi ni malam ni juga.Ramai pulak yang minat dengan bingka ni.As usual bahan2 yg Nora guna ada sikit-sikit yang Nora modified dan biasanya resepi Nora akan kurangkan gula.Maklum tak boleh makan manis sangat.
Rupanya disini bila winter mereka ada banyak mengeluarkan labu.They call it winter squash.Biasanya labu-labu ni berkulit tebal.

Ini adalah sebahagian dari winter squash
Apalagi, masa shopping hari tu Nora ambillah sebiji yang namanya pepper pumpkin.Rupanya macam lada benggala.
Pepper Pumpkin
Ok,jom kita intai resepinya.
Bingka Labu yang marvelous...


Bingka Labu
Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan gula
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan cream (jika tiada gantikan dgn 1/4 cawan lagi susu pekat)
  • 2 sb butter yang dicairkan
  • 2 cawan labu yang telah dikukus & lecek
  • 1 sk vanilla
  • 1 sk garam
  • Bijan (jika suka)


Labu yang dikukus

Cara :

  • Panaskan oven 200c
  • Kukus labu hingga lembut.Nora tidak mengupas kulit.Hanya belah dua dan buang biji sahaja dan kukus.
  • Setelah lembut,sudukan atau scoop isi dari kulit.Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa.
  • Lecek sedikit dan ketepikan.

Blend semua bahan kecuali labu


  • Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali labu dan dikisar.Nora tak blend labu sebab untuk mendapatkan bingka dan lebih cantik dengan jalur isi labu itu.
  • Setelah semua sebati,tapis kedalam mangkuk dan kemudian masukkan labu tadi.Kacau sebati.

Masukkan Labu kedalam adunan

  • Panaskan dulang pembakar 9 x 9 dgn sedikit minyak atau butter diatas api,masukkan adunan tadi dan ditabur sedikit bijan diatasnya.
  • Masak di dalam oven selama 1jam atau sehingga betul-betul masak.
  • Setelah masak,keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong.

Bingka yang telah siap dibakar
Bingka Labu ini benar-benar enak dan rasanya sangat lemak.
Happy Cooking!
Oh btw,help me by clicking on the Followers to follow me, so Nora akan tahu who is who... love u!

Sunday, December 8, 2013

Red Velvet Cupcake

My princess memang gemar RVC,bagi dia kek yang lain semua tak sedap katanya.Hari ni pun dirayu lagi nak RVC.Sebenarnya dah beberapa kali juga buat RVC ni tapi tak dapat resepi yang betul-betul memuaskan tapi berkat kesabaran dan semangat tak putus asa mencuba dapat juga akhirnya resepi yang betul2 sedap,gebu dan lembut.


Red Velvet Cupcake

Bahan2

Bahan A - dicampur semua dan di ayak, kemudian ketepikan.
  • 2 cawan all purpose-flour
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk kecil baking powder
  • 1 sk garam
  • 2 sk serbuk koko

Bahan B
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan Buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sb jus lemon)
  • 2 sk vanilla
  • 1/2 cawan plain hot coffee (2 sb nescafe + 1/2 cawan air panas)
  • 2 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka masakan

Bahan-bahan RVC
Cara :
  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Pukul gula dan minyak masak hingga sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan buttermilk,vanilla dan diikuti pewarna merah
  • Masukkan coffee dan cuka.
  • Akhir sekali perlahankan mixer dan perlahan2 masukkan Bahan A dan gaul sebati.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170c

* Untuk cupcakes,bakar selama 18min-20min sahaja
* Untuk kek biasa,bakar selama 30min-40min.
Isikan separuh sahaja adunan kedlm paper cup.

Cream Cheese Frosting :
1 buku Cream Cheese
1/4 cawan butter
2 sk vanilla
2 cawan gula icing
2 sb Sour cream (jika mahu)

Canpurkan semua bahan diatas dan dipukul dengan mixer hingga sebati.
Apabila kek telah benar-benar sejuk barulah dihias kek tersebut.

Pastikan kek benar2 sejuk sebelum dihias.


Untuk kali ini Nora buat sebanyak 12 cupcakes untuk anak-anak dan selebihnya Nora bakar didalan loaf pan.Cupcake lebih mudah untuk anak-anak bawa kesekolah manakala Mr. hubby pulak tak gemarkan frosting,so barulah adil untuk semua.

Resepi yang harus dicuba...Senang & Sedap
Happy Cooking!

Nasi Ayam Simple

Harini tak ade mood nak masak sebenarnya,kepala ni sakit sangat.Tapi kalau tak masak,siapa pulak yang nak masak...tambah pulak hari ni Sunday.So gagahkan juga la masuk ke dapur.Nasib juga ade balance ayam panggang semalam.Roasted chicken tu simple aje,itupun Nora ikut dari resepi di internet.Kalau nak buat,bolehlah cuba resepi di SINI.Since ada ayam yang dah siap Nora masak je Nasi Ayam yang simple juga.Side dishes yang lain hanya 6Beans Salad.Itupun resepi yang senang.

Ok jom tengok resepi nasi ayam simple.

Nasi Ayam Simple

Bahan2 :
  • 3 Cawan Beras
  • 1 kuib ayam maggi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 3 batang daun bawang (bahagian akar/hujungnya) di belah dua
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • 4-5 kepingan kecil kuli dan lemak ayam (untuk membuat minyak ayam)
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara2:
Membuat minyak ayam,tujuannya untuk mendapatkan rasa yang sedap dan wangi.Jika tidak suka,teruskan sahaja ke proses memasak nasi.
  • Masukkan minyak masak kedalam periuk memasak nasi.Panaskan minyak hingga benar-benar panas.
  • Masukkan kulit& lemak ayam 
  • Masak sehingga kulit itu benar-benar garing dan keluarkan kulit tersebut dan buangkannya.
Cara membuat minyak ayam.

Rupa kulit ayam yang digoreng garing.

Menyediakan Nasi:
  • Kisar Bawang besar,bawang putih dan halia.
  • Di dalam periuk nasi yang mengandungi minyak ayam,tumis serai,daun pandan dan daun bawang kedlm hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
  • setelah garing, masukkan 4 cawan air dan tunggu hingga air menggelegak dan barulah masukkan beras dan masak seperti biasa.
Bila nak hidang nasi tu bolehlah taburkan sedikit bawang goreng diatasnya.

Happy cooking

Thursday, December 5, 2013

Sinful Creme Caramel

Kelmarin buat lagi Creme Caramel.Kali ni anak bujang Nora yang request.Tak puas katanya makan haritu.Actually resepi ni Nora ubah dari yang dulu tu sikit sebab yang dulu macam lembik sikit.Sebenarnya sama je tapi Nora tambah telur.As usual all my dessert biasanya kurang manis.
Alhamdullilah,bila dah siap yang ni rasa terasa lebih telur.But as usual Mr.Hubby akan suka apa yang Nora tak suka so, dia lebih suka resepi yang dulu.Pada sesiapa yang suka rasa telur lebih,boleh la cuba yang ni pula.



Cream Caramel

Bahan2 Caramel :

  • 1/2 cup sugar
  • 1 sb air


Cara :

  • Panaskan mangkuk atau tray yg hendak diguna,supaya caramel tidak akan 'crack' bila dituangkan ke mangkuk.
  • Masukkan gula dan air kedlm periuk non-stick (jika ada),masak dgn api sederhana.Jangan di kacau gula tersebut biarkan ia masak dgn sendiri dgn hanya menggoyangkan periuk sahaja ini untuk mendapakan gula hangus yg cantik dan tidak mengeras.
  • Biar ia masak hingga keemasan jangan sampai hangus.Curahkan caramel ke dlm mangkuk yg masih panas dan biarkan seketika.


Biar keemasan


Bahan2 Cream :

  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur 
  • 500ml susu segar
  • secubit garam
  • 1 sk essen vanilla


cara :

  • pukul telur  dan kuning telur serta gula hingga sebati
  • Masukkan susu,vanilla & garam
  • Tapis dan tuangkan ke dlm mangkuk.
  • Masukkan mangkuk kedlm dulang pembakar yg telah di letakkan air (jangan sampai tenggelam) anggaran: separas suku mangkuk cream tadi  ,dan bakar pada suhu 170c selama 40min.
  • Setelah masak keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan ke dalam piring.


Tuesday, December 3, 2013

Saudi Chicken Mandy

Hari tu dah buat Mandy cara Yemen.Hari ni Nora akan masukkan resepi Mandy dari negara Arab Saudi pula.Ke Arab saudi tu belum lagi so kalau lain rupanya harap maaf jelah sebab ini cara yang Nora belajar pun.Kalau tak sama tu sah2 lah Nora di 'torak' sama.
Apa pun Nora rasa ayam dari Nasi ni lebih sedap berbanding dari Yemen tu.Ini sebab ayam tu di rebus,dipanggang dan last sekali dimasak bersama nasi.Mr.hubby suka nasi versi ni tapi katanya ayam dari Yemen lebih kepada taste dia.Bak kata orang lama...Lain padang,lain belalang! Tapi mmg pun kami suami isteri ni  'opposite attract'.....

Saudi Chicken Mandy
Bahan2 Ayam ;

8 ketul ayam
1/2 cm halia diketuk 
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan manis 
1 sudu teh serbuk jintan putih 
1 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 helai daun salam 
1 sudu makan minyak masak 
4 cawan air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam
 Cara:
Masukkan kesemua bahan tadi kecuali minyak dan rebus hingga separuh masak.
Keluarkan ayam dan sapu minyak keseluruh ayam tadi dan di masukkan ke dlm oven selama 12min pada suhu 200c
Bahan2 nasi :

  • 3 Cawan Beras Basmathi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun salam
  • 1/2 kuib pati ayam
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 3 1/2 cawan air rebusan ayam tadi


Cara :
Tumiskan kesemua bahan tumisan hungga naik bau.
Masukkan beras dan dikacau sebati.
Tuang air rebusan ayam dan kuib pati ayam kedalam beras dan kacau.Boleh tambah sedikit garam.
 Susunkan ayam ke dalamnya dan tutup nasi tersebut, masak seperti biasa.
Setelah nasi masak bolehlah dihidang dan ditaburkan sedikit bawang goreng.
 Seperti biasa bolehlah dimakan bersama salad sayur-sayuran.

Selamat mencuba....

Roti Jala Senang

Masa mula2 buat roti jala kat sini Nora cuba berbagai cara sebab acuan masih lagi didlm kotak di KL.Orang kata tebuk tin susu,soNora buat.Cara ni tak jadi.Last sekali Nora pakai botol sos,jadi juge tapi tak cantik rupa roti jala tu sebab kembang je rupanya tapi buat juga sebab nak sangat,buat kata Mr.Hubby at the end masuk perut rupanya sama...
Sampailah adik-adik student bagi pinjamkan acuan mereka.Barulah dapat makan dengan senyuman sampai telinga  :)
Bahanya tetap kena modified tapi rasa tetap sama.Itu yang penting sebenarnya...RASA
Satu lagi masak ni tak susah,kalau tak jadi cuba lagi.Bila dah jadi tu rasa bangga sebab dah berjaya.Orang kata apa tu...'trial n error', its a fundamental of cooking.



Roti Jala ala Nora
Bahan2

  • 1 cawan tepung
  • 350ml fresh milk
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • secubit garam
  • pewarna kuning


Cara :

  • Semua bahan2 di kisar didalam blender.
  • Lenserkan sedikit minyak didalam kuali agar tidak melekat.
  • Bolehkan mula 'menjala' diatas kuali terebut.

Roti jala memanglah favourite Nora tambah makan dgn kari ayam,buat kata orang dulu2 Mak mertua lalu pun tak nampak...nasib mak mertua tak reti makan roti jala hehehehe...

Happy cooking!