Thursday, December 5, 2013

Sinful Creme Caramel

Kelmarin buat lagi Creme Caramel.Kali ni anak bujang Nora yang request.Tak puas katanya makan haritu.Actually resepi ni Nora ubah dari yang dulu tu sikit sebab yang dulu macam lembik sikit.Sebenarnya sama je tapi Nora tambah telur.As usual all my dessert biasanya kurang manis.
Alhamdullilah,bila dah siap yang ni rasa terasa lebih telur.But as usual Mr.Hubby akan suka apa yang Nora tak suka so, dia lebih suka resepi yang dulu.Pada sesiapa yang suka rasa telur lebih,boleh la cuba yang ni pula.



Cream Caramel

Bahan2 Caramel :

  • 1/2 cup sugar
  • 1 sb air


Cara :

  • Panaskan mangkuk atau tray yg hendak diguna,supaya caramel tidak akan 'crack' bila dituangkan ke mangkuk.
  • Masukkan gula dan air kedlm periuk non-stick (jika ada),masak dgn api sederhana.Jangan di kacau gula tersebut biarkan ia masak dgn sendiri dgn hanya menggoyangkan periuk sahaja ini untuk mendapakan gula hangus yg cantik dan tidak mengeras.
  • Biar ia masak hingga keemasan jangan sampai hangus.Curahkan caramel ke dlm mangkuk yg masih panas dan biarkan seketika.


Biar keemasan


Bahan2 Cream :

  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur 
  • 500ml susu segar
  • secubit garam
  • 1 sk essen vanilla


cara :

  • pukul telur  dan kuning telur serta gula hingga sebati
  • Masukkan susu,vanilla & garam
  • Tapis dan tuangkan ke dlm mangkuk.
  • Masukkan mangkuk kedlm dulang pembakar yg telah di letakkan air (jangan sampai tenggelam) anggaran: separas suku mangkuk cream tadi  ,dan bakar pada suhu 170c selama 40min.
  • Setelah masak keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan ke dalam piring.


No comments:

Post a Comment