Tuesday, December 10, 2013

Bingka Labu

Memandangkan mata ni masih lagi segar walaupun jam dah point at 12.30am,so Nora upload la resepi ni malam ni juga.Ramai pulak yang minat dengan bingka ni.As usual bahan2 yg Nora guna ada sikit-sikit yang Nora modified dan biasanya resepi Nora akan kurangkan gula.Maklum tak boleh makan manis sangat.
Rupanya disini bila winter mereka ada banyak mengeluarkan labu.They call it winter squash.Biasanya labu-labu ni berkulit tebal.

Ini adalah sebahagian dari winter squash
Apalagi, masa shopping hari tu Nora ambillah sebiji yang namanya pepper pumpkin.Rupanya macam lada benggala.
Pepper Pumpkin
Ok,jom kita intai resepinya.
Bingka Labu yang marvelous...


Bingka Labu
Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan gula
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan cream (jika tiada gantikan dgn 1/4 cawan lagi susu pekat)
  • 2 sb butter yang dicairkan
  • 2 cawan labu yang telah dikukus & lecek
  • 1 sk vanilla
  • 1 sk garam
  • Bijan (jika suka)


Labu yang dikukus

Cara :

  • Panaskan oven 200c
  • Kukus labu hingga lembut.Nora tidak mengupas kulit.Hanya belah dua dan buang biji sahaja dan kukus.
  • Setelah lembut,sudukan atau scoop isi dari kulit.Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa.
  • Lecek sedikit dan ketepikan.

Blend semua bahan kecuali labu


  • Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali labu dan dikisar.Nora tak blend labu sebab untuk mendapatkan bingka dan lebih cantik dengan jalur isi labu itu.
  • Setelah semua sebati,tapis kedalam mangkuk dan kemudian masukkan labu tadi.Kacau sebati.

Masukkan Labu kedalam adunan

  • Panaskan dulang pembakar 9 x 9 dgn sedikit minyak atau butter diatas api,masukkan adunan tadi dan ditabur sedikit bijan diatasnya.
  • Masak di dalam oven selama 1jam atau sehingga betul-betul masak.
  • Setelah masak,keluarkan dan tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong.

Bingka yang telah siap dibakar
Bingka Labu ini benar-benar enak dan rasanya sangat lemak.
Happy Cooking!
Oh btw,help me by clicking on the Followers to follow me, so Nora akan tahu who is who... love u!

3 comments: