Hari tu dah buat Mandy cara Yemen.Hari ni Nora akan masukkan resepi Mandy dari negara Arab Saudi pula.Ke Arab saudi tu belum lagi so kalau lain rupanya harap maaf jelah sebab ini cara yang Nora belajar pun.Kalau tak sama tu sah2 lah Nora di 'torak' sama.
Apa pun Nora rasa ayam dari Nasi ni lebih sedap berbanding dari Yemen tu.Ini sebab ayam tu di rebus,dipanggang dan last sekali dimasak bersama nasi.Mr.hubby suka nasi versi ni tapi katanya ayam dari Yemen lebih kepada taste dia.Bak kata orang lama...Lain padang,lain belalang! Tapi mmg pun kami suami isteri ni 'opposite attract'.....
Saudi Chicken Mandy
Bahan2 Ayam ;
8 ketul ayam
1/2 cm halia diketuk
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak
4 cawan air (agak2 ayam tenggelam)
Garam
Masukkan kesemua bahan tadi kecuali minyak dan rebus hingga separuh masak.
Keluarkan ayam dan sapu minyak keseluruh ayam tadi dan di masukkan ke dlm oven selama 12min pada suhu 200c
Bahan2 nasi :
- 3 Cawan Beras Basmathi
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih dimayang
- 1 kulit kayu manis
- 5 kuntum cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga lawang
- 1 helai daun salam
- 1/2 kuib pati ayam
- 1/4 cawan minyak masak
- 3 1/2 cawan air rebusan ayam tadi
Cara :
Tumiskan kesemua bahan tumisan hungga naik bau.
Masukkan beras dan dikacau sebati.
Tuang air rebusan ayam dan kuib pati ayam kedalam beras dan kacau.Boleh tambah sedikit garam.
Susunkan ayam ke dalamnya dan tutup nasi tersebut, masak seperti biasa.
Setelah nasi masak bolehlah dihidang dan ditaburkan sedikit bawang goreng.
Seperti biasa bolehlah dimakan bersama salad sayur-sayuran.
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment