Sunday, December 8, 2013

Nasi Ayam Simple

Harini tak ade mood nak masak sebenarnya,kepala ni sakit sangat.Tapi kalau tak masak,siapa pulak yang nak masak...tambah pulak hari ni Sunday.So gagahkan juga la masuk ke dapur.Nasib juga ade balance ayam panggang semalam.Roasted chicken tu simple aje,itupun Nora ikut dari resepi di internet.Kalau nak buat,bolehlah cuba resepi di SINI.Since ada ayam yang dah siap Nora masak je Nasi Ayam yang simple juga.Side dishes yang lain hanya 6Beans Salad.Itupun resepi yang senang.

Ok jom tengok resepi nasi ayam simple.

Nasi Ayam Simple

Bahan2 :
  • 3 Cawan Beras
  • 1 kuib ayam maggi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 Inci halia
  • 3 batang daun bawang (bahagian akar/hujungnya) di belah dua
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • 4-5 kepingan kecil kuli dan lemak ayam (untuk membuat minyak ayam)
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara2:
Membuat minyak ayam,tujuannya untuk mendapatkan rasa yang sedap dan wangi.Jika tidak suka,teruskan sahaja ke proses memasak nasi.
  • Masukkan minyak masak kedalam periuk memasak nasi.Panaskan minyak hingga benar-benar panas.
  • Masukkan kulit& lemak ayam 
  • Masak sehingga kulit itu benar-benar garing dan keluarkan kulit tersebut dan buangkannya.
Cara membuat minyak ayam.

Rupa kulit ayam yang digoreng garing.

Menyediakan Nasi:
  • Kisar Bawang besar,bawang putih dan halia.
  • Di dalam periuk nasi yang mengandungi minyak ayam,tumis serai,daun pandan dan daun bawang kedlm hingga wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
  • setelah garing, masukkan 4 cawan air dan tunggu hingga air menggelegak dan barulah masukkan beras dan masak seperti biasa.
Bila nak hidang nasi tu bolehlah taburkan sedikit bawang goreng diatasnya.

Happy cooking

No comments:

Post a Comment