Thursday, March 20, 2014

Fajitas

Tetiba pulak Mr.Hubby minta nak makan Fajitas.Tapi nasiblah resepi ni mmg mudah so buat ajalah.Orang melayu macam kita ni kalau makan setakat 2-3 ketul mmg tak kenyang punya so kalau buat menu ni biarlah lebih sebabnya boleh mengulang makan.

Fajitas

Bahan A

  • 700gm isi ayam dada - potong ikut size yg anda suka
  • 1/4 cawan minyak
  • 3 sb jus lemon
  • 1 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sk jintan putih 
  • 1 sk garlic powder
  • 1 sk onion powder
  • garam
  • serbuk lada hitam

Perap semua bahan 30min

Bahan B

  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada benggala merah
  • 1 biji lada benggala kuning
  • 1 biji lada benggala oren
  • 1 biji bawang besar

* Lada Benggala ialah Bell pepper

Topping

  • Sour Cream
  • Sos Salsa
  • Guacamole
  • Shredded Cheddar Cheese
  • Pinto beans dlm tin (jika mahu)


Cara :

  • Perap bahan A selama 30min. 
  • Apabila sedia untuk dimasak,masukkan 2sb minyak kedalam kuali dan tumis ayam.
  • Hiris kesemua bahan B,mengikut size yang anda suka dan masukkan pada ayam yang sedang ditumis.
  • Apabila semua cili letah lembut,rasa garam dan tambah garamjika perlu dan masukkan lada hitam.
  • Hidangkan bersama Tortilla dan semua bahan2 topping.


Fajitas dimakan bersama tortilla yang digulung bersama semua topping.

Happy Cooking!

No comments:

Post a Comment