Tuesday, December 17, 2013

Chicken Franks Pizza

Sekarang musin winter,kat sini sejuk sangat.New Brunswick bolehlah dikira salah satu states yang paling sejuk di Canada ni.Mengikut kata kawan-kawan kadang2 suhu boleh mencapai sehingga -30c.Perut sentiasa lapar,sebab badan memerlukan energy lebih time macam ni.
Biasanya Nora akan sediakan sarapan pagi untuk anak2 sebelum ke sekolah,snack & Lunch pun prepare pagi sekali sbb snack time dalan pukul 10a.m dan Lunch 12pm disekolah.Penat tak payah cakap la.Mana terjerit pagi2 nak suruh bangun dan bersiap :)
Breakfast senang,ceral & milk.Snack tu biasanya Nora prepare malam hari just heat up paginya,macam pau,rolls,chicken franks etc...Lunch biasanya sandwhich.But since winter ni Nora lebih suka hantar lunch sebab kesian kalau prepare dari pagi nanti makanan sejuk.So hari ni Nora buat pizza.Senang je,pkl 10.30am Nora mula mengadun dan semua siap untuk dihantar pkl 12.00pm.Jom kita buat pizza.

Chicken Franks Pizza

Bahan-Bahan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 2 1/4 sk Instant yis
  • 1/4 sk garam
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk gula
  • 1/4 cawan olive oil (klu takde minyak masak ok je)
  • sedikit olive oil utk dilumur pada doh
  • Shredded Cheddar Cheese
  • Shredded Mozzarella Cheese
  • Chicken franks (potong ikut size yang anda suke tapi jgn tebal sangat.

Cara :
  • Panaskan oven 180c
  • Campur gula ke dalam air suam dan masukkan yis.Kacau rata dan biarkan selama 5min
  • Ayak tepung kedalam mangkuk.Masukkan garam,buat lubang ditengah-tengah tepung,tuangkan olive oil dan bancuhan yis kedalam tepung.
  • Ambil pisau dan alurka seolah-olah memotong kok sehingga tepung dan bahan-bahan tadi sebati.
  • Setelah itu bolehlah diuli dengan tangan sehingga doh tidak lagi melekat di tangan.
  • Sapukan olive oil kedalam mangkuk dan masukkan doh dan lumurkan olive oil pada doh tersebut.Tutup dan biarkan doh naik double.
  • Keluarkan doh dan tumbuk doh yang naik tersebut.Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut saiz yang anda mahu.
  • Sapukan dulang pembakar,canaikan doh dan cucuk dengan garfu untuk memberi udara.
  • Pada ketika ini bolehlah disapukan sos dan taburkan cheddar cheese diikuti chicken franks dan akhir sekali ditutupi dengan mozzarella cheese.
  • Bakar selama 20min. setelah siap bolehlah dihidang panas.
Campurkan semua bahan diatas biar 5min

Tuangkan campuran yis serta olive oil
kedlm tepung

Uli hingga tidak melekat

Lumurkan minyak ke dalam mangkuk

Lumurkan juga minyak pada doh

Setelah direhatkan beginilah rupa doh

Canai dan bentuk mengikut size yang
anda suka dicucuk dengan garfu
Sapukan sos,taburkan dgn cheddar chesse
dan susun chicken franks

Akhir sekali taburkan mozarella cheese
diatas dan bakar


Sos - my homemade sauce
Bahan-bahan :
  • 156ml tomato puree (1tin kecil)
  • 2 sb tomato sos
  • 2 sb cili sos
  • 1 sk dry oregano
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • 3 sb air

Cara :
Campur semua bahan dan panaskan diatas api dan gaul sebati.
Sapu keatas doh setelah sejuk.

*Tips
  • Doh boleh juga dibiar separuh masak dan disimpan beku.Doh hanya perlu di bakar selama 8min-10min dan biar sejuk kemudian dibalut dgn plastik dan dibekukan.
  • Keluarkan 30min lebih awal pada suhu bilik kemudian tabukkan cheese & Filling.
  • Bakar selama 12min pada suhu 180c 


Anak-anak bagi AAA untuk pizza ni,Mr.Hubby kata the doh more to Pizza Hut doh than Dominos kalau macam ni mommy boleh buka Pizza Place la hehehehe....

Happy Cooking!


BBQ Chicken Pau

Anak-anak memang suka makan pau.Masa di Msia,apalagi beli je la,Nora ingat leceh nak buat.Especially pau yang putih gebu macam yang cina selalu buat.Ingat lagi kalau pegi Dim Sum,pau yang jadi kegemaran mestilah BBQ dan kalau pergi utara tanahair pula mesti tak lupa beli pau Yik Mun.Sekarang ni Nora dah boleh buat sendiri pun.
Ini 1st. attempt buat pau,Alhamdulillah menjadi.Tapi rupa nya kurang sikit.Insyallah mungkin lain kali buat cantiklah kot.Practise make perfect kan....

BBQ Chicken Pau
Bahan-Bahan Pau


  • 21/4 sk Instant dry yeast (Mauripan/Kijang)
  • 1 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sk cuka
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula icing
  • 3 sb shortening
  • 10ml air 
  • 1 sk baking power


Cara :


  • Ayak tepung bersama gula icing kedalam mangkuk yang besar.
  • Campurkan air suam,cuka dan yis kedalam mangkuk atau bekas dan kacau hingga sebati,biarkan yis sedikit berbuih (10min)
  • Setelah adunan yis siap,tuangkan mangkuk yang berisi tepung.Kacau mengguna senduk hingga sebati.
  • Kemudian masukkan shortening dan uli  selama 10min - 15min, hingga lembut dan tidak melekat.
  • Biarkan doh rehat selam 30min dan tutup hingga doh menjadi double.
  • Didalam gelas,bancuh air dan baking powder.Renjis keatas doh dan uli sebati.
  • Bahagikan doh mengikut size yang anda suka,tidak terlalu besar kerana doh ini akan mengembang ketika mengukus.
  • Canai doh jangan terlalu nipis dan masukkan inti dan tutup membentuk bulat atau lipat 'plait' jika suka dan lapik bahagian bawah doh dengan kertas minyak atau parchment paper.
  • Susun doh kedalam kukusan,jangan terlalu rapat kerana ia akan mengembang.Renjis atau spray doh dengan sedikit air sebelum mengukus.
  • Kukus selama 12 min dengan api sederhana.

Campuran yis,air suam & cuka

Masukkan campuran yis kedalam tepung

Kacau dengan senduk hingga sebati dan
kemudian uli dengan tangan

Rehatkan selama 30min

Setelah 30min doh tidak perlu diuli lagi

Bahagikan mengikut size yang anda suka

Canai sedikit untuk memudahkan mengisi inti

Masukkan inti yang anda suka

Plait doh atau bulat mengikut kesukaan

Pau yang telah siap
Filling :

BBQ Chicken
Bahan-Bahan :
A
250gm Isi ayam
1 sb minyak masak
1 sk gula
1 biji bawang kecil dicincang
1 sb kicap pekat
1 sb kicap manis
1 sk sos tiram
1 sk minyak bijan (jika suka)
1-2 titik pewarna merah (jika suka)

B
150ml air
2 sb tepung jagung
garam

Cara :

  • Tumis bawang hingga wangi masukkan ayam dan semua bahan2 A.
  • Campurkan kesemua bahan B.
  • Setelah bahan2 A masak barulah tuangkan bahan B,kacau sebentar dan tutup api setelah pekat.
  • Sejukkan sebelum masukkan sebagai inti pau.



Tips :
Untuk doh yang putih,masukkan 2 sb cuka ke dalam air kukusan.

Happy Cooking!

Saturday, December 14, 2013

Kari Kambing Rempah Asli

Bila makan roti canai,selalu teringat kuah kari kambing dekat gerai roti canai di Chan Sow Lin dekat dengan showroom Volvo.Memang sedaplah! So harini bila nak buat roti canai,ingin sekali makan dengan kari kambing.
Kat sini susah nak dapat rempah kari,jadi biasanya Nora akan blend sendiri rempah kering.Rasanya lebih sedap rempah yang di buat sendiri ni.Refer dekat SINI untuk rempah kari yg di blend sendiri.

Kari Kambing 

350gm Daging Kambing di rebus dahulu
2 sb rempah kari
2 biji kentang di potong empat
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
350ml air
1/4 cawan santan
Rempah tumis : 
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
daun kari

Cara : refer photos
Bahan-bahan dikisar

Campurkan rempah kering kedalam bahan-bahan kisar
dan gaul sebati

Rempah tumis


Tumis rempah ratus hingga naik bau

Masukkan rempah yang dicampur dan tumis
hingga garing

setelah garing masukkan kambing dan dibiar sebentar
kemudian masukkan air dan masak hingga kambing
lembut masukkan kentang & santan,garam,serbuk
perasa dan asam keping.

Sedap untuk dimakan bersama Nasi atau sebagai cicah roti canai.

Selamat mencuba....



Roti Canai

Masa belum sampai sini,Mr. Hubby pesan.Katanya buat part-time kat kedai mamak,sebab bila sampai sini nanti dah susah nak makan roti canai hehehe.Sebenarnya masa kat Msia dulu bukan tak boleh buat tapi untuk sekeping roti yang tak berapa sen sangat, nak susah payah buat ape, biar jelah mamak tu yang buat...alasan tak boleh blah!
Tapi bila dah sampai sini the 1st thing yang I really miss ialah melepak kat kedai mamak sambil mengeteh & roti canai.Teh tu senang je tapi roti tu yang malas.But than I have no choice,mula-mula tu memang berat,tapi orang kata practice make perfect.La ni, sebut je nak makan cepat je Nora menguli.Bukan nak puji la tapi dah tahap boleh la nak bagi orang lain makan....
Roti canai diuli pada malam hari sebelum tidur jika mahu dimakan sebagai sarapan.Ini kerana doh harus direhatkan paling kurang selama 4jam lepas tu barulah boleh dicanai.Ok n3 ni panjang sikit sebab Nora akan tunjuk proses membuat melalui gambar.


Roti Canai : 10-12 keping

3 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sb susu pekat
300ml air sejuk
sedikit garam
1 cawan margerin
2 sb minyak masak
Bahan-Bahan

Cara :
Buat lubang ditengah-tengah tepung dan masukkan
telur yang dipukul sedikit

Campur susu dan garam kedalam air,kacau dan curah kan
semua ke dalam tepung

Uli hingga doh tidak melekat,lebih lama prose menguli
akan menjadikan doh yang lembut dan mudah dicanai

Bahagikan kepada 12biji,jangan terlalu besar kerana
bila doh tebal akan menjadikan roti yg tebal & liat

Campurkan minyak kedalm margerin utk dilumur
pada doh tersebut

Pastikan semua doh ditutup dengan margerin yg banyak
setelah itu tutup mangkuk dgn plastikwrap dan biar
semalaman
Setelah semalaman bolehlah mulakan proses mencanai.Pastikan tempat mencanai luas dan disapukan dgn minyak.
1.Inilah rupa doh yang telah cukup rehat

2. Menggunakan hujung jari,tekan doh menjadi leper
 setelah itu menggunakan tapak tangan tekan dan lurutkan
 doh agar doh menjadi leper

3. Ikut keselesaan tangan, satu tangan haruslah diatas
manakala satu lagi dibawah dan cuba utk kaup dan balik.
Tidak  perlu banyak kali,hanya sekadar doh meleper sedikit

4. Setelah itu gunakan cara menarik,iaitu tarik dan
kembangkan doh agar menjadi nipis seperti diatas

Untuk roti kosong :Setelah nipis,lipat menjadi segi empat
 seperti diatas

Setelah itu cuba bentuk semula seperti bola bulat dan
jika boleh biarkan sedikit mengembung(udara)

Doh tadi bolehlah dileperkan dgn hujung jari mengikut
ketebalan yang anda suka dan masak di dlm kuali leper
 yang dilenserkan dgn minyak.

Untuk membuat roti telur : Setelah selesai proses ke 4
bolehlah dimasukkan telur dan terus  dilipat. pastikan
doh kurang koyak dibahagian tengah supaya tidak bocor.

Setelah dilipat terus dimasukkan kedlm kuali.

Untuk proses mencanai ruang yang digunakan haruslah besar dan jika boleh bersebelahan dengan dapur memasak untuk memudahkan menggangkat doh yang telah siap kedalam kuali.

Remember,Pratice make perfect! I can so do u....
Happy Cooking!

Friday, December 13, 2013

Mac & Cheese

Hari ni kita buat Mac & Cheese pulak.Since ada balance cheese dari Rolls kelmarin.Ni favourite semua orang dalam rumah ni,well except Nora.Maklum tekak orang melayu.Tapi biasanya majoriti wins hehehe.
Resepi ni senang sangat-sangat.Tiada penggunaan bawang langsung.

Mac & Cheese
Bahan-bahan :
  • 500gm Maccaroni atau Penne (or any other pasta yg suka) di rebus
  • 2 cawan susu segar
  • 2 cawan Cheddar Cheese (shredded)
  • 1 or 2 Sausages di hiris
  • 1/2 cawan butter
  • 2 sb tepung 
  • 1sk lada hitam
  • garam jika perlu (ini kena ikut rasa sbb kadang2 cheese dah masin)
  • Parsley jika mahu


Cara : refer to photos
Masukkan butter kedlm periuk dan tunngu hingga cair

Masukkan tepung dan kacau sebati sampai berbuih

Masukkan susu dan kacau hingga menggelegak

Masukkan Cheese masak hingga sebati

Kemudian masukkan sausage

Akhir sekali masukkan pasta dan lada hitam dan
rasa garam,tambah jika perlu

Sebelum tutup api,bolehlah masukkan parsley dah dihiris halus.Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!