Masa belum sampai sini,Mr. Hubby pesan.Katanya buat part-time kat kedai mamak,sebab bila sampai sini nanti dah susah nak makan roti canai hehehe.Sebenarnya masa kat Msia dulu bukan tak boleh buat tapi untuk sekeping roti yang tak berapa sen sangat, nak susah payah buat ape, biar jelah mamak tu yang buat...alasan tak boleh blah!
Tapi bila dah sampai sini the 1st thing yang I really miss ialah melepak kat kedai mamak sambil mengeteh & roti canai.Teh tu senang je tapi roti tu yang malas.But than I have no choice,mula-mula tu memang berat,tapi orang kata practice make perfect.La ni, sebut je nak makan cepat je Nora menguli.Bukan nak puji la tapi dah tahap boleh la nak bagi orang lain makan....
Roti canai diuli pada malam hari sebelum tidur jika mahu dimakan sebagai sarapan.Ini kerana doh harus direhatkan paling kurang selama 4jam lepas tu barulah boleh dicanai.Ok n3 ni panjang sikit sebab Nora akan tunjuk proses membuat melalui gambar.
Roti Canai : 10-12 keping
3 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sb susu pekat
300ml air sejuk
sedikit garam
1 cawan margerin
2 sb minyak masak
Bahan-Bahan |
Cara :
Buat lubang ditengah-tengah tepung dan masukkan telur yang dipukul sedikit |
Campur susu dan garam kedalam air,kacau dan curah kan semua ke dalam tepung |
Uli hingga doh tidak melekat,lebih lama prose menguli akan menjadikan doh yang lembut dan mudah dicanai |
Bahagikan kepada 12biji,jangan terlalu besar kerana bila doh tebal akan menjadikan roti yg tebal & liat |
Campurkan minyak kedalm margerin utk dilumur pada doh tersebut |
Pastikan semua doh ditutup dengan margerin yg banyak setelah itu tutup mangkuk dgn plastikwrap dan biar semalaman |
1.Inilah rupa doh yang telah cukup rehat |
2. Menggunakan hujung jari,tekan doh menjadi leper setelah itu menggunakan tapak tangan tekan dan lurutkan doh agar doh menjadi leper |
3. Ikut keselesaan tangan, satu tangan haruslah diatas manakala satu lagi dibawah dan cuba utk kaup dan balik. Tidak perlu banyak kali,hanya sekadar doh meleper sedikit |
4. Setelah itu gunakan cara menarik,iaitu tarik dan kembangkan doh agar menjadi nipis seperti diatas |
Untuk roti kosong :Setelah nipis,lipat menjadi segi empat seperti diatas |
Setelah itu cuba bentuk semula seperti bola bulat dan jika boleh biarkan sedikit mengembung(udara) |
Doh tadi bolehlah dileperkan dgn hujung jari mengikut ketebalan yang anda suka dan masak di dlm kuali leper yang dilenserkan dgn minyak. |
Untuk membuat roti telur : Setelah selesai proses ke 4 bolehlah dimasukkan telur dan terus dilipat. pastikan doh kurang koyak dibahagian tengah supaya tidak bocor. |
Setelah dilipat terus dimasukkan kedlm kuali. |
Untuk proses mencanai ruang yang digunakan haruslah besar dan jika boleh bersebelahan dengan dapur memasak untuk memudahkan menggangkat doh yang telah siap kedalam kuali.
Remember,Pratice make perfect! I can so do u....
Happy Cooking!
No comments:
Post a Comment