Thursday, March 20, 2014

Swedish Orange Cake

Biasanya kalau buat cake,Nora lebih suka cake dr jenis butter cake dan tanpa topping.Butter cake lebih enak dimakan begitu sahaja tanpa cream.Tapi untuk kek ni Nora lebih suka makan dengan cream sebab rasanya yang masam membuatkan tidak muak bila di makan.


Swedish Orange Cake 


  • 2 cawam tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan Butter
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan jus perahan oren
  • 1sk essen vanilla
  • kulit oren dr 2 biji oren
  • pewarna oren


Orange/Lemon Cream

  • 200gm sugar
  • 60ml jus lemon (Nora lebih suka masam dr lemon)
  • 4 biji putih telur
  • 300gm butter
  • 300gm shortening
  • 180gm Cream Cheese


Cara :

  • Panaskan oven 170°C 
  • Pukul Butter dan Gula hingga kembang
  • Masukkan telur satu persatu bersama essen vanilla,pewarna & kulit oren sambil pukul perlahan
  • Masukkan tepung dan jus berselang bermula dengan tepung dan berakhir juga dengan tepung
  • Bakar didalam 2 loyang 9' selama 30min-35min atau didalam 1 loyang 9' selama 55min-60min
  • Setelah masak biarkan sejuk dan barulah di letak icing atau cream


Cream :

  • Satukan gula dan jus lemon dan masak atas api sederhana hingga menjadi sirap pekat
  • Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan sirap perlahan2
  • Bila telah kembang,masukkan butter,shortening & cream cheese dan pukul lagi hingga kembang dan kental.


Hiaslah mengikut kreativiti anda.

Happy cooking!

No comments:

Post a Comment