Tuesday, November 26, 2013

Cream Caramel Sedap

Tadi ade jemputan ulangtahun anak teman.Seperti biasa mmg tak sedap rasanya datang dgn tangan kosong je.Memandangkan masa sangatlah singkat so tak banyak choice yang ade,lagipun ade yang request nak makan cream caramel so Cream caramel jelah jawabnya.Jom kita tengok resepinya....resepi yang sangat simple & senang.Hasilnya pasti memuaskan...
Cream caramel yang telah siap,sorry xde gambar diterbalikkan

Cream Caramel

Bahan2 Caramel :

  • 1/2 cup sugar
  • 1 sb air


Cara :

  • Panaskan mangkuk atau tray yg hendak diguna,supaya caramel tidak akan 'crack' bila dituangkan ke mangkuk.
  • Masukkan gula dan air kedlm periuk non-stick (jika ada),masak dgn api sederhana.Jangan di kacau gula tersebut biarkan ia masak dgn sendiri dgn hanya menggoyangkan periuk sahaja ini untuk mendapakan gula hangus yg cantik dan tidak mengeras.
  • Biar ia masak hingga keemasan jangan sampai hangus.Curahkan caramel ke dlm mangkuk yg masih panas dan biarkan seketika.


Biar keemasan

Bahan-Bahan Cream

Bahan2 Cream :

  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 500ml susu segar
  • secubit garam
  • 1 sk essen vanilla


cara :

  • pukul telur dan gula hingga sebati
  • Masukkan susu,vanilla & garam
  • Tapis dan tuangkan ke dlm mangkuk.
  • Masukkan mangkuk kedlm dulang pembakar yg telah di letakkan air (jangan sampai tenggelam) anggaran: separas suku mangkuk cream tadi  ,dan bakar pada suhu 170c selama 40min.
  • Setelah masak keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan ke dalam piring.


Selamat mencuba :)


Lamb Kabsa

Salah satu yang menjadi favourite kalau makan di Restorant Arab adalah Kabsa.Ianya lebih kurang nasi tomato kita orang Melayu.Berbagai jenis Kabsa,ada Lamb Kabsa,Beef Kabsa dan Chicken Kabsa.Hari ni,Nora akan tunjuk cara2 Lamb Kabsa.

Lamb Kabsa

Bahan2 :

  • 500gm Lamb yang di potong sederhana
  • 3 Cawan Beras Basmathi
  • 2 sb Olive oil
  • 2 biji tomato - didadu
  • 1 biji bawang besar - di dadu halus
  • 1 inci hali - di kisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk jintan putih
  • 1 sk lada hitam
  • 5 kuntum bung cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bay leave ( daun salam )
  • 1/4 cawan tomato puree
  • 1 sk garam

Lamb yang di potong sederhana

Bahan-Bahannya

Cara2

Rebus Lamb hingga empuk,masukkan sedikit serbuk perasa ayam/daging.

Didlm periuk nasi,tumis kayu manis,pelaga & cengkih hingga naik bau.Masukkan bawang besar serta halia dan bawang putih yg dikisar.Masukkan kesemua serbuk rempah serta garam.

Kemudian masukkan tomato dan diikuti dengan tomato puree.Masukkan lamb yang telah empuk bersama 1 cawan air rebusan tadi.Biarkan selama 5 min.

Akhir sekali masukkan beras bersama 2 cawan air dan digaul rata.Boleh lebihkan air bergantung kepada beras.
Setelah masak bolehlah di hidang bersama2 salad sayur-sayuran.


Happy Cooking...


Sunday, November 24, 2013

Hummus/Chickpeas Dipping

Hummus biasanya dimakan bersama2 roti arab (Lebanese bread) dan Shawarma.Ianya adalah side dish atau sos cicah.Resepinya sangatlah mudah dan tidak perlu memasak.

Hummus
Bahan2

  • 1 tin/540ml Chickpeas
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan Tahini (pes bijan yg boleh dibeli di mini market Middle Eastern)
  • 1/2 cawan jus lemon
  • 1 sk garam
  • 1 ulas bawang putih yg di cincang halus


Chick peas yg dikisar menjadi pes halus.

Bahan-Bahan hummus
Semua bahan2 di campur dan dikacau

Cara2:
  • Kisar Chick peas dgn air hingga menjadi pes halus.
  • Campurkan kesemua bahan2 dan kacau sebati.
  • Hidangkan kedlm mangkuk ikut sebanyak mana yg dingini dan selebihnya disimpan didlm bekas kaca dan simpan didlm peti sejuk dan boleh dimakan bila suka.
  • Hummus yg telah dihidang boleh dihias dgn paprika & di curah sedikit olive oil dan sedia dimakan.

Hummus di tabur paprika & olive oil.



Senangkan nak buat Hummus.

Selamat mencuba.... 

Lamb Shawarma

Beberapa hari lepas Mr.Hubby dah mengarang menu nak suruh Nora masak,salah satu darinya ialah Lamb Shawarma.Sebenarnya shawarma ni sama saja macam kita buat Roasted Lamb cuma pengakhiran dia yang sedikit lain.Apabila nak makan roasted lamb,sebaik sahaja keluar dari oven kita rehatkan lamb tu sekejap dan selepas tu boleh lah di hiris dan dimakan dgn sos yang kita suka.Manakala shawarma pula,selepas kita keluarkan dr oven dihiris dan dimasak/digoreng sedikit diatas stove.
Ok mungkin ada yang tak paham so Nora akan explain pada resepi dan gambar2 dibawah...



Lamb Shawarma

Bahan2
  • 2kg Boneless Lamb Leg
  • 2 Biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 cawan cuka
  • 1 cawan yogurt
  • 1 sk serbuk buah pelaga
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 1/2 sk serbuk buah pala
  • 1/4 sk serbuk bunga cengkih
  • 1/4 sk serbuk all-spice
  • sedikit saffron (boleh dibeli di kedai runcit middle eastern atau diganti dgn serbuk kunyit)
  • sedikit garam & serbuk lada hitam


Cara2

  • Kisar kesemua bahan2 diatas kecuali Lamb,sampai halus.
  • Daging kambing tadi perlulah di potong 'butterfly' iaitu kembangkan jangan sampai putus.
  • Masukkan bahan2 yg telah dikisar kedalam plastik dan kemudian masukkan Lamb kedalamnya.Tutup dan simpan didlm peti sejuk semalaman atau sekurang2nya selama 4jam.


Boneless Lamb Leg

Bahan2 dikisar

Plain Yogurt

Rempah ratus

'Butterfly' Lamb

Marinated Lamb

Ikat dan simpan ke dlm peti sejuk
  • Keluarkan dr peti sejuk sekurang-kurangnya 30min sebelum memasak.
  • Panaskan oven pada suhu 200c/400f
  • Oleskan tray dgn sedikit minyak untuk mengelakkan dr melekat.Selepas itu tutup lamb tadi dgn aluminium foil dan dibakar selama 30min.



Selepas 30min, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 45min.Pada 10min terakhir,jika masih  terlalu banyak air dan minyak bolehlah dikeluarkan dan simpan didalam mangkuk untuk kegunaan kemudian.
Buka penutup aluminium dan bakar lagi
Lamb yang telah siap dibakar
Kepada mereka yang menggemarkan roasted lamb,pada peringkat ini bolehlah dihiris besar dan dimakan bersama2 sos kegemaran anda.Rasanya setanding dgn roasted lamb leg yang dihidangkan di restoran atau biasanya yang disajikan dihotel2 ketika berbuka puasa.


Untuk Shawarma pula,daging tadi hendaklah di potong nipis dan tidak terlalu besar.Kemudian masukkan semula kedalam dulang pembakar.Lebihan minyak dan air daging tadi perlulah disiram sedikit  keatas daging yang telah disusun kedlm dulang pembakar. Gorengkan sedikit daging tadi diatas api sehingga menjadi sedikit garing seperti di gambar.


Sharwama dihidangkan bersama2 salad, hummus (chickpeas dipping) dan roti arab atau bun sebagai sandwich.


Resepi ini sangat mudah dan sedap,Nora pasti ianya akan menjadi kegemaran seisi keluarga.Next n3 Nora akan sertakan pula resepi untuk hummus yang biasanya dimakan bersama Shawarma.

Selamat memasak!


* Sorry kalau cara penulisan Nora yang sangat cincai.Tak berapa pandai nak explain dengan sempurna dan bahasa yang Vocab yg sangat teruk.Tapi asal kawan2 faham dan resepi tu jadi rasanya oklah kot....hehehehehe

Saturday, November 23, 2013

Ayam Kicap

Kalau ikutkan selera anak2,memang senang kerja memasak sebabnya hari2 nak makan ayam goreng dan telur je.So biasanya Nora akan buat makanan yang simple mengikut selera anak2 dan lebih berkhasiat sikit.Mereka ni tak gemar sayur tapi Nora masukkan juga at least zat2 sayur tu ade juga didlm makanan tu walaupun akhirnya Nora yang makan semua sayur2 tu....

Salah satu menu kegemaran anak2 Nora adalah ayam kicap.So jom tengok resepi ayam ni...Insya Allah, you all pun boleh juga buat untuk anak2.

Ayam Kicap

  • 4 Ketul ayam yg di goreng separuh masak
  • 1 ketul ubi kentang di potong wedges dan di goreng separuh masak
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga 
  • 3 biji cengkih
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 cawan air dicampur sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besarkicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis ABC
  • 1/2 cawan peas
  • 4 ketul baby carrot dibelah dua
  • Garam 
  • lada hitam kisar





Cara2:


  • Kisar bawang besar,bawang putih & halia
  • Di dalam kuali,tumiskan bunga lawang,buah pelaga,cengkih & kulit kayu manis hingg naik bau kemudian masukkan bahan2 yg telah dikisar.Tumis hingga sedikit garing.
  • Masukkan air & air asam tunggu hingga mengelegak kemudian masukkan ayam dan carrot.
  • Akhir sekali masukkan kentang dan peas serta masukkan sedikit garam dan lada hitam.
  • Apabila kuah hampir pekat bolehlah ditutup api dan dihidang ke dlm mangkuk.

Selamat mencuba...



Seri Muka

Semalam Nora dijemput untuk menghadiri kenduri tahlil di kediaman sahabat Nora disini.Biasanya ade saja buah tangan yang akan Nora bawa.So Nora decided nak buat Seri Muka.Masalah disini nak mendapatkan santan yg betul2 sedap.Bukannya takde santan disini,cuma kebanyakan santan dtg dr Thailand dan didalam bentuk tin.
Dah banyak kali mencuba santan2 tu rasanya tiada satu pun yg betul2 sedap dan biasanya ada kelainan dari segi rasa.So Nora terfikir untuk menggantikan santan dengan fresh milk.Lagipun fresh milk lebih murah berbanding santan,maklum seri muka ni kena guna santan yang banyak.
So harini Seri Muka ni adalah menggunakan fresh milk semata2.You all bolehlah gantikannya dengan santan jika mahu.Dari segi rasa tiada beza malah lebih berkhasiat.

Seri Muka

Bahan Lapisan Bawah:-
  • 2 Cawan/500 gm beras pulut
  • 600 ml fresh milk
  • 2 tsp garam halus
  • sedikit minyak masak


Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit.Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Alaskan loyang dgn plastik dan masukkan pulut yg telah masak kedalamnya. Tekan pulut supaya mampat dalam loyang 10x10x2".



Bahan Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 1 1/4 Cawan gula castor
  • 3/4 Cawan tepung kastard
  • 800ml fresh milk
  • 10 helai daun pandan- diblender dengan fresh milk diatas dan ditapis



Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 sk garam halus
  • 1/4 sk pandan essence (jika suka)
  • Pewarna hijau- secukupnya 

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja.

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit.



Tips :

  • Semua bahan susu boleh diganti dgn santan.
  • Untuk mendapatkan potongan yang cantik ketika memotong,disarankan menggunakan pisau plastik.


Thursday, November 21, 2013

Yemeni Mandy Chicken Rice

Semalam tercari2 ape nak makan dlm buku resepi,last2 jumpa resepi Mandy Chicken.Apalagi terbayang2 rupe ayam yg dibakar keemasan tu.Biasanya lunch kami pukul 3.00pm sbb time tu anak2 baru je balik dr sekolah.Sebabkan late lunch jadi kami akan ambil heavy breakfast dulu.

Al kisahnya tak semua orang2 Arab ada resepi Mandy Chicken.Contohnya hubby Nora yg dr Iraq kata mereka tak ade menu ni dan tak pernah makan pun di Iraq dulu.Di Malaysia baru dia kenal Mandy Chicken.Ini adalah menu dari Yemen.Orang2 Malaysia suka sangat nasi ni, agaknya kena dgn selera orang kita.

Mandy Chicken


Mandy Chicken

Bahan-bahan: Ayam & Sup

  • 1 ekor ayam - dibelah 4
  • 2 biji bawang besar - dadu halus
  • 3 biji tomato - di dadu kecil
  • 2 helai bay leaves
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 7 biji buah pelaga
  • 7 biji bunga cengkih
  • 2 sb serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.
  • Minyak untuk menumis 
  • Garam

Bahan-Bahannya

Beginilah rupanya rebusan ayam 

Sedia untuk dibakar


Bakar hingga keemasan begini

Panaskan  minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan  tomato yang didadu dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar.

Mandy Rice

Bahan bahan: Nasi

  • 5 cawan beras basmathi - basuh  & tos
  • 5 cawan air rebusan ayam tadi
  • 2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 sb serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk ketumbar


Tumis sedikit bawang yg dihiris 
Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam.Masukkan sekali segala bahan2 yg tertinggal dr air rebusan tersebut. Masak sehingga nasi kering. Kemudian masukkan serbuk jintan dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkansehingga nasi masak dan di hidang.

Resepi yg patut dicuba.Biasanya nak bawa keluarga makan di restoran Arab ni klu 4 orang sekeluarga mahu cecah RM200++.Kalau buat ni tak sampai pun RM50 dan boleh bertambah2.


Salatah/Vege Salad




 Tips :
  • Lebihan stock ayam tadi boleh di buat Sup sbg side dish.Biasanya stock tu sedikit pekat jadi tambahkan sedikit air dan rasa garamnya untuk menjadi sup.Hiris sedikit daun bawang dan sedia dimakan bersama nasi.
  • Nasi pula kalau nak terasa sedikit pedas bolehlah di patahkan cili hijau diatas nasi yg juga boleh menjadi hiasan.
  • Jangan lupa di makan juga dgn salad sayuran style arab.Hanya campur tomato,lettuce & parsley sedikit garam & lemon jus.
  • Saffron tu kalau takde boleh diganti dgn sedikit serbuk kunyit & campur sedikit sahaja pewarna makanan yg merah (jgn banyak ye)



Caramel Croissant Pudding

Resepi ni Nora salin dari resepi Nigella Lawson dgn sedikit modification oleh Nora.One of my favourite chef.Sangat senang dan sangat sedap...kat sini Croissant sgt murah.My son mmg suke dgn resepi ni.






Caramel Croissant Pudding

4 Croissant
1 Cup Gula
3 Sudu Besar air
1Cawan Cream
1Cawan Fresh Milk
2 eggs
1/2 Cawan kismis
secubit garam

Cara :

  • Panaskan Oven pada suhu 170c
  • Carik2 Croissant  mengikut saiz yg anda suka dan masukkan kedalam loyang pembakar yg telah di oleskan butter dan tabukakan kismis, biarkan ketepi,Nora lebih suka menggunakan loaf pan.
  • Pukul sedikit telur,garam,susu dan cream dan di tuang kedlm croissant tadi. 
  • Campurkan gula dan air kedlm periuk dan dimasak menjadi karamel.Jaga jgn sampai hitam kerana akan terasa pahit,setelah siap cepat2 tuang ke atas adunan croissant tadi.
  • Bakar selam 20min.Makan panas atau sejuk
Tips :
  • Untuk membuat caramel yg cantik dan tidak keras atau crack, pastikan setelah dimasukkan ke dlm periuk,jangan sekali2 di kacau gula tadi.Biarkan masak sendiri dgn menggoyang2kan periuk tadi sepaya tak melekat.Ini termasuklah jika membuat caramel utk sebarang jenis resepi lain.
  • Lebih baik menggunakan non-stick pan,lebih mudah dan tak akan melekat ketika memcuci periuk.
  • Jika tiada cream,bolehlah diganti dgn 1 cawan susu lagi.


Sekali cuba,berkali2 nak lagi....