Sunday, November 24, 2013

Lamb Shawarma

Beberapa hari lepas Mr.Hubby dah mengarang menu nak suruh Nora masak,salah satu darinya ialah Lamb Shawarma.Sebenarnya shawarma ni sama saja macam kita buat Roasted Lamb cuma pengakhiran dia yang sedikit lain.Apabila nak makan roasted lamb,sebaik sahaja keluar dari oven kita rehatkan lamb tu sekejap dan selepas tu boleh lah di hiris dan dimakan dgn sos yang kita suka.Manakala shawarma pula,selepas kita keluarkan dr oven dihiris dan dimasak/digoreng sedikit diatas stove.
Ok mungkin ada yang tak paham so Nora akan explain pada resepi dan gambar2 dibawah...



Lamb Shawarma

Bahan2
  • 2kg Boneless Lamb Leg
  • 2 Biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 cawan cuka
  • 1 cawan yogurt
  • 1 sk serbuk buah pelaga
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 1/2 sk serbuk buah pala
  • 1/4 sk serbuk bunga cengkih
  • 1/4 sk serbuk all-spice
  • sedikit saffron (boleh dibeli di kedai runcit middle eastern atau diganti dgn serbuk kunyit)
  • sedikit garam & serbuk lada hitam


Cara2

  • Kisar kesemua bahan2 diatas kecuali Lamb,sampai halus.
  • Daging kambing tadi perlulah di potong 'butterfly' iaitu kembangkan jangan sampai putus.
  • Masukkan bahan2 yg telah dikisar kedalam plastik dan kemudian masukkan Lamb kedalamnya.Tutup dan simpan didlm peti sejuk semalaman atau sekurang2nya selama 4jam.


Boneless Lamb Leg

Bahan2 dikisar

Plain Yogurt

Rempah ratus

'Butterfly' Lamb

Marinated Lamb

Ikat dan simpan ke dlm peti sejuk
  • Keluarkan dr peti sejuk sekurang-kurangnya 30min sebelum memasak.
  • Panaskan oven pada suhu 200c/400f
  • Oleskan tray dgn sedikit minyak untuk mengelakkan dr melekat.Selepas itu tutup lamb tadi dgn aluminium foil dan dibakar selama 30min.



Selepas 30min, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 45min.Pada 10min terakhir,jika masih  terlalu banyak air dan minyak bolehlah dikeluarkan dan simpan didalam mangkuk untuk kegunaan kemudian.
Buka penutup aluminium dan bakar lagi
Lamb yang telah siap dibakar
Kepada mereka yang menggemarkan roasted lamb,pada peringkat ini bolehlah dihiris besar dan dimakan bersama2 sos kegemaran anda.Rasanya setanding dgn roasted lamb leg yang dihidangkan di restoran atau biasanya yang disajikan dihotel2 ketika berbuka puasa.


Untuk Shawarma pula,daging tadi hendaklah di potong nipis dan tidak terlalu besar.Kemudian masukkan semula kedalam dulang pembakar.Lebihan minyak dan air daging tadi perlulah disiram sedikit  keatas daging yang telah disusun kedlm dulang pembakar. Gorengkan sedikit daging tadi diatas api sehingga menjadi sedikit garing seperti di gambar.


Sharwama dihidangkan bersama2 salad, hummus (chickpeas dipping) dan roti arab atau bun sebagai sandwich.


Resepi ini sangat mudah dan sedap,Nora pasti ianya akan menjadi kegemaran seisi keluarga.Next n3 Nora akan sertakan pula resepi untuk hummus yang biasanya dimakan bersama Shawarma.

Selamat memasak!


* Sorry kalau cara penulisan Nora yang sangat cincai.Tak berapa pandai nak explain dengan sempurna dan bahasa yang Vocab yg sangat teruk.Tapi asal kawan2 faham dan resepi tu jadi rasanya oklah kot....hehehehehe

1 comment:

  1. salam tuan, kalau dging dihiris dulu sblm gaul dgn bahan perapan ok x?

    ReplyDelete