Tuesday, November 26, 2013

Cream Caramel Sedap

Tadi ade jemputan ulangtahun anak teman.Seperti biasa mmg tak sedap rasanya datang dgn tangan kosong je.Memandangkan masa sangatlah singkat so tak banyak choice yang ade,lagipun ade yang request nak makan cream caramel so Cream caramel jelah jawabnya.Jom kita tengok resepinya....resepi yang sangat simple & senang.Hasilnya pasti memuaskan...
Cream caramel yang telah siap,sorry xde gambar diterbalikkan

Cream Caramel

Bahan2 Caramel :

  • 1/2 cup sugar
  • 1 sb air


Cara :

  • Panaskan mangkuk atau tray yg hendak diguna,supaya caramel tidak akan 'crack' bila dituangkan ke mangkuk.
  • Masukkan gula dan air kedlm periuk non-stick (jika ada),masak dgn api sederhana.Jangan di kacau gula tersebut biarkan ia masak dgn sendiri dgn hanya menggoyangkan periuk sahaja ini untuk mendapakan gula hangus yg cantik dan tidak mengeras.
  • Biar ia masak hingga keemasan jangan sampai hangus.Curahkan caramel ke dlm mangkuk yg masih panas dan biarkan seketika.


Biar keemasan

Bahan-Bahan Cream

Bahan2 Cream :

  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 500ml susu segar
  • secubit garam
  • 1 sk essen vanilla


cara :

  • pukul telur dan gula hingga sebati
  • Masukkan susu,vanilla & garam
  • Tapis dan tuangkan ke dlm mangkuk.
  • Masukkan mangkuk kedlm dulang pembakar yg telah di letakkan air (jangan sampai tenggelam) anggaran: separas suku mangkuk cream tadi  ,dan bakar pada suhu 170c selama 40min.
  • Setelah masak keluarkan dan sejukkan sebelum diterbalikkan ke dalam piring.


Selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment