Al kisahnya tak semua orang2 Arab ada resepi Mandy Chicken.Contohnya hubby Nora yg dr Iraq kata mereka tak ade menu ni dan tak pernah makan pun di Iraq dulu.Di Malaysia baru dia kenal Mandy Chicken.Ini adalah menu dari Yemen.Orang2 Malaysia suka sangat nasi ni, agaknya kena dgn selera orang kita.
Mandy Chicken |
Mandy Chicken
Bahan-bahan: Ayam & Sup
- 1 ekor ayam - dibelah 4
- 2 biji bawang besar - dadu halus
- 3 biji tomato - di dadu kecil
- 2 helai bay leaves
- 2 batang kulit kayu manis
- 7 biji buah pelaga
- 7 biji bunga cengkih
- 2 sb serbuk jintan putih
- 1 sb serbuk ketumbar
- 2 sk saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.
- Minyak untuk menumis
- Garam
Bahan-Bahannya |
Beginilah rupanya rebusan ayam |
Sedia untuk dibakar |
Bakar hingga keemasan begini |
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga
naik baunya. Masukkan tomato yang didadu dan air. Kemudian masukkan
bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan
masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan.
Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan
seketika. Kemudian bolehlah dibakar.
Mandy Rice |
Bahan bahan: Nasi
- 5 cawan beras basmathi - basuh & tos
- 5 cawan air rebusan ayam tadi
- 2 labu bawang besar - dihiris
- 2 sb serbuk jintan putih
- 1 sb serbuk ketumbar
Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam.Masukkan sekali segala bahan2 yg tertinggal dr air rebusan tersebut. Masak
sehingga nasi kering. Kemudian masukkan serbuk jintan
dan ketumbar. Tutup periuk dan biarkansehingga nasi masak dan di hidang.
Resepi yg patut dicuba.Biasanya nak bawa keluarga makan di restoran Arab ni klu 4 orang sekeluarga mahu cecah RM200++.Kalau buat ni tak sampai pun RM50 dan boleh bertambah2.
Salatah/Vege Salad |
- Lebihan stock ayam tadi boleh di buat Sup sbg side dish.Biasanya stock tu sedikit pekat jadi tambahkan sedikit air dan rasa garamnya untuk menjadi sup.Hiris sedikit daun bawang dan sedia dimakan bersama nasi.
- Nasi pula kalau nak terasa sedikit pedas bolehlah di patahkan cili hijau diatas nasi yg juga boleh menjadi hiasan.
- Jangan lupa di makan juga dgn salad sayuran style arab.Hanya campur tomato,lettuce & parsley sedikit garam & lemon jus.
- Saffron tu kalau takde boleh diganti dgn sedikit serbuk kunyit & campur sedikit sahaja pewarna makanan yg merah (jgn banyak ye)
No comments:
Post a Comment